Assalamualaikum....
Hahaha....tajuk nampak biasnya....Aku tulis ni sebab aku ada terbaca dalam blog (
sini) berkenaan Bunkface yang anti-kpop...
WOW...tahniah bunkface korang dah collect lot of haters....haha
Ini sebenarnya isu lama.....(tersangat...sangat lama....Nov 2012)
Tapi aku tergerak untuk menyuarakan pendapat aku....
Bila isu ni timbul aku terus terbayang statement Datuk Hattan suatu ketika dahulu yang setiap kata-kata dan statementnya menggambarkan dia tersangat la benci penyanyi dari Indonesia yang akhirnya dia terpaksa juga menerima hakikat yang lagu-lagu Indonesia ni ada impaknya di Malaysia. Lepas tu dia tak kutuk dah (tapi dalam hati tak taula)
Isu Bunkface anti kpop ni timbul apabila kata-kata Sam di Shout! Awards yang memprovoke peminat-peminat mereka yang mengakibatkan selipar dan kasut di baling pada Kumpulan Kpop tersebut. Aku tak pasti samada kumpulan apa (A-JAX atau VIXX....ke NU'EST....nampak nau tak tengok). Bila aku tahu...malunya aku rasa. Macam ni ke orang Malaysia melayan tetamunya.
Di program Propaganza secara terang-terangan dia mengutuk k-pop ni walaupun dalam rancangan Melodi dia menafikannya dengan alasan dia hanya mahu peminat-peminat memberi lebih sokong pada artis tempatan daripada artis luar. Antara kata-kata yang dikeluarkan ialah:-
SAM: jangan dengar K Pop, ko tau dorang miming
tak? diorang miming, diorang buat plastic surgery, lepastu korang bajet
diorang handsome
YOUK: kitorang ni yang penat2 buat band, susah
payah main cari chord, belajar susah2, dorang senang joget2, mekap2
sket, dah dapat juta2 duit..kitorang xpuas hati
PAAN: support la local, nak kawin pun duit takdak bagi diorang buat apa
Dan jawapan aku untuk statement mereka seperti berikut:-
SAM :Ko ada tengok rancangan rancangan IMMORTAL SONG :SINGING THE LEGENDS. Dalam rancangan tersebut diorang kena perform live. That will answer your pathetic statement.
YOUK: How can you deny their hardwork. It's no magical that put them on top. its take them years in training before debut as artist. Just remember this...."A Miracle Is Another Name Of Hardwork". Dalam dunia ni bukan hanya anda sorang yang berusaha.
PAAN : Ko nak kahwin nak suruh artis Kpop sponsor ke? Malunya kalau macam tu.
Bila aku baca statement tu, aku tersenyum....Kenapa? Sebab it shows how LOSERS they are.
Sebab apa LOSERS...panas statement ni....boleh menyebabkan peminat Bunkface ambush aku ni...haha. Berikut adalah jawapan aku.
Bila anda masuk industri muzik, anda kena bersaing untuk kumpul peminat. Dan kalau karya anda tak disukai peminat just find a way to fulfill fans interest. Anda berkarya untuk memenuhi kepuasan hati tapi kalau anda berniaga muzik anda kena memenuhi kehendak peminat. Bila muzik anda tak laku, kenapa harus disalahkan orang lain? It shows that your music hanya syok sendiri. Peminat tak suka kenapa nak membazir duit untuk beli. Macam mana nak support kalau lagu x best? Korang ada fans sendiri kan, just ask them to buy your album. If them find its not worth to buy it just ask yourself.
Dan, bila album tak jalan mulala mengadu domba pada media dan menyalahkan k-pop. That is why aku cakap diorang LOSERS sebab macam budak-budak bila kalah main guli dengan member-member balik rumah mengadu kat mak sambil nangis2.
Fenomena Kpop ni bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tapi di seluruh dunia. And you...how far have you go? Adakah semua itu bersandarkan rupa mereka yang cantik dan handsome semata? Ianya sebab muzik yang mereka bawa. Bila orang dengar dan tertarik mereka akan mencari siapa yang menyanyikannya.
Kita tengok fenomena di Malaysia....peminat-peminat muzik tempatan sejak awal tahun 2000 mula mencari muzik-muzik dari luar apabila muzik tempatan secara bahasa kasarnya dah tak best. Kenapa statement aku macam ni? Jom aku bawak korang recap balik....
Ingat tak group BACKSTREET BOYS, WESTLIFE, N'SYNC, BLUE and SPICE GIRLS. Bagi aku itulah moment bila muzik luar mula membanjir industri hiburan tempatan.
Lepas tu datang pula BOLLYWOOD, masukla SHAH RUKH KHAN, AMIR KHAN dan macam Khan lagi. Walaupun bukan diorang yang nyanyi. Kenapa masa tu takde orang kutuk pon?
Lepas reda Bollywood masuk pula muzik dari Indonesia. Maka muncul la SHEILA ON 7, PADI, UNGU dan sebagainya.
Lepas tu barula masuk muzik dari Korea yang lebih dikenali sebagai K-POP. Yang terawal masuk ke Malaysia ialah TVXQ, Super Junior dan FT ISLAND.
Kenapa anda hanya salahkan K-POP dan tak salahkan yang lain-lain. Bagi aku Bunkface harus salahkan diri sendiri.
Kenapa agaknya Malaysia atau lebih besar lagi DUNIA suka sangat Kpop ni...pendapat aku sebab hanya menyebarkan perkara positif sahaja berbanding perkara negatif walaupun hakikatnya negara mereka sama macam negara lain yang berdepan pelbagai masalah.
Bagi aku kejayaan K-pop ni bukan kerana lagu mereka semata-mata tetapi sifat gigih mereka dan juga tahap kreativiti mereka. Bukan muzik mereka sahaja yang tersebar ke seluruh dunia tetapi program TV atau lebih popular sebagai Variety Show, Drama dan Filem mereka dikenali diseluruh dunia. Dan sekiranya benaar apa yang anda cakap mengapa lagu-lagu mereka boleh tersenarai dalam carta Billboard? Di mana muzik anda?
Aku tamatkan blog kali ni dengan persoalan diatas.
* If you LOVE people then you will gain LOVES but if you HATE others then you will gain HATERS.