1 Night 2 Days Musim Ke-3

on Wednesday, December 25, 2013
Korang ada tengok 1 Night 2 Days musim ke-3?

Ahad 22 Dis 2013 adalah tayangan perdananya di KBS World tapi di Korea ia mula ditayangkan 8 Dis 2013. Episod pertama dan keduanya menduduki tempat pertama untuk slot tayangan Ahad mengalahkan Real Men dan Running Man. Sebenarnya agak lama jugak 1N2D tidak menduduki tangga pertama sejak Kang Hodong tarik diri dari program tersebut. Program 1N2D sebelum ni terkenal sebagai No. 1 National Variety Program di Korea. Tapi lepas masalah peribadi Kang Hodong dan memaksa dia menarik diri menyebabkan rancangan ni turut terheret sekali. Musim pertama terpaksa ditamatkan kerana gagal mengembalikan reputasinya. Dengan harapan rating akan kembali, produksinya memperkenalkan pengacara baru namun turut gagal dan musim kedua ditamatkan dalam tempoh 2 tahun (musim pertama 5 tahun).

Musim ketiga ni dilihat memberi sedikit harapan kepada produksinya apabila rating untuk episod pertama dan kedua menduduki tempat pertama walaupun dengan perbezaan yang tipis.

Aku dah tengok episod 1 dan 2, dan sememangnya pengacara-pengacara baru memang menghiburkan. Empat dari enam pengacara merupakan orang baru manakala 2 lagi adalah dari musim kedua (atau lebih tepat Kim Jongmin dari musim pertama)

Pengacara-pengacara tersebut adalah:

Kim Jongmin (34) - dikira senior dalam 1N2D kerana sudah berada dalam program ni dari musim pertama.

Cha Taehyun (38) - pelakon filem Sassy Girl dan berada dalam 1N2D musim kedua.

Line-up Baru

Lee Joon Hyuk (42) - pelakon

Kim Junho (39) - pelawak

Defconn (36) - rapper/pengacara

Jung Joon Young (25) - penyanyi


Ternyata line-up baru ni mempunyai chemistry yang baik antara satu sama lain. Memang tak kering gusi melihat keletah mereka. Korang enjoylah episode 1N2D Musim ketiga yang aku link kan dibawah....jangan bimbang ada subtitle english.

Episod 1 - Introducing The New Cast Members


Episod 2 - Cold Weather Recruit Camp


Selamat Menonton...

0 comments:

Post a Comment