RUKUN ISLAM

on Tuesday, July 8, 2014
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua,

Kenapa agaknya tajuk aku begitu ye... sebenarnya dah lama aku berfikir berkenaan kenapa Rukun Islam disusun sebegitu rupa urutannya. Iaitu:

1. Mengucap dua kalimah syahadah dan menunaikan Haknya.
2. Menunaikan solat fardu lima waktu
3. Berpuasa pada bulan Ramadan
4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu.

Jadi di bulan mulia ni barulah aku terasa nak menulis tentang apa yang aku fikir. Walaupun terdapat perbezaan antara hadis-hadis tentang susunannya. Bukan perbezaan itu yang ingin aku maklumkan di sini. Perbezaan pendapat tersebut sudah tiada masalah kerana para ulama telah bersetuju dengan susunan tersebut.

Jadi, kenapa ia disusun sebegitu rupa? Ini adalah kerana keringanan atau tahap kemestian rukun-rukun ini diamalkan.

Okla....biar aku bermula dari bawah iaitu Mengerjakan Haji di Mekah bagi yang berkemampuan. Dari konteks negara kita yang jauh ni atau yang seangkatan dengannya, tidak semua individu mampu melaksanakannya. Tapi kalau dari negara yang dekat ia tiada masalah dari segi kos perjalanan tersebut. Mungkin itu sebabnya dalam hadis Rasulullah meletakkan Ibadat Haji di kedudukan ke-3 (wallahualam). Para ulama juga meletakkan elemen "...bagi yang mampu" kerana untuk ke Tanah Haram anda mesti mampu dari segi kewangan juga kesihatan. Tengoklah di negara kita, dah tua baru mampu untuk ke sana tapi badan dah tak sihat. Saya daftar untuk haji pun tahun 2059 baru turn saya.

Seterusnya, Membayar Zakat. Kos untuk membayar zakat lebih kecil berbanding menunaikan Haji. Ramai yang lebih mampu dari segi ini. Zakat Fitrah pun tak sampai RM10. Itupun setahun sekali. Zakat Pendapatan pula hanya 2.5% sahaja dari jumlah keseluruhan pendapatan kita. Itupun tak semestinya kena bayar sebab ada kira-kiranya yang ditolak dengan tanggungan. Jadi kita lebih mampu berbanding haji.

Ketiga ialah Berpuasa di bulan Ramadhan, yang ni menarik perhatian aku sebenarnya sebab kita berada di bulan Ramadhan. Bila dilihat kepada ibadat puasa ini, ia terdapat sedikit kelonggaran. Iaitu kepada yang mempunyai masalah kesihatan tidak diwajibkan berpuasa. Begitu juga yang melakukan kerja berat. Tapi perlu diganti tau....bukan suka-suka je. Kalau yang tak mampu sebab kesihatan tu adalah gantinya seperti dibayar dengan beras dan sebagainya. Untuk detail, boleh google sebab bukan yang itu aku nak nyatakan kali ini. Maaf ye...

Yang kedua pula ialah Menunaikan Solat Fardu 5 Waktu. Solat merupakan tiang agama. Meninggalkannya seumpama meruntuhkan agama. Tiada kelonggaran untuk tidak melaksanakannya. Walau anda sakit sekalipun, solat wajib ditunaikan. Anda tak mampu berdiri, maka solat secara duduk. Kalau duduk pun tak boleh, maka berbaringlah untuk solat. Kalau dah baring pun tak larat, bersolat dengan pergerakkan mata. Kalau mata pun tak boleh....? Ini jawapan yang ustazah aku bagi masa sekolah dulu.... "kamu dah mati" bersedialah untuk disolatkan. BAgi yang didalam perjalanan atau musafir ALLAH bagi hadiah dengan meringankan sedikit dengan menunaikan secara Jama' dan Qasar, tapi untuk meninggalkanya adalah TIDAK.

Yang utama sekali adalah Mengucap Dua Kalimah Syahadah. Ianya mudah dan rasanya tak perlu dijelaskan panjang lebar. Anda tak berucap maka anda bukan seorang ISLAM dan tak perlulah melaksanakan Rukun Islam yang seterusnya.


Jadi kalian fahamkan kenapa ia disusun sebegitu. Jadi sempena bulan Ramadan ini nak aku nyatakan di sini tiada guna puasa anda sekiranya tiang agama telah anda runtuhkan. Kenapa aku berkata sedemikian akan aku tulis dalam entry seterusnya.


Wallahualam...














*Ini merupakan pendapat aku berdasarkan ilmu yang disampaikan kepadaku oleh cikgu-cikgu aku, sekiranya terdapat kekhilafan harap boleh dimaklumkan untuk aku perbetulkan. Untuk itu, aku dahulukan dengan ucapan terima kasih.

SYARAT MENARIK UNTUK BAKAL SUAMI

on Monday, July 7, 2014

Tersebutlah alkisah seorang gadis muda yang cantik, lembut, baik & solehah menjadi rebutan para pemuda untuk memperisterikannya. Maka ramailah yang datang menyuarakan isi hati untuk memiliki gadis istimewa ini. 

Lalu dia pun berkata : "Baiklah, saya hanya ada 3 syarat untuk menjadi  suami saya. Sesiapa yang dapat menyempurnakan 3 syarat ini, saya akan bernikah dengan dia.

Apa syarat-syaratnya???

 "Pertama, bakal suami saya orang yang berpuasa sepanjang tahun. Kedua, bakal suami saya ialah orang yang khatam Al-Quran setiap hari. Ketiga, bakal suami saya ialah orang yang solat sepanjang malam."

Allahuakbar, terkejut semua pemuda termenung memikirkan syarat-syarat si gadis. Tak kurang yang pulang menggigit jari. Lebih ramai yang melupakan hajat masing-masing untuk bernikah dengan si gadis. Tak sanggup!!!

Tetapi ada seorang pemuda berkata :

"Baiklah saya sanggup menunaikan kesemua 3 syarat tadi! "

Maka berlakulah pernikahan. Setelah beberapa lama mendirikan rumah tangga, si isteri berasa hairan dan mula mempersoalkan janji suaminya.

Apa tidaknya, setiap malam suaminya tidur awal. Entah bila solat sepanjang malam didirikan? Setiap pagi suaminya bersarapan pagi. Ke mana puasa setahun yang dijanjikan? Sudah itu, tidak pula kelihatan suaminya selalu bersama-sama Al-Quran. Bila pula nak khatam setiap hari?

Lantas si isteri bertanya kepada suami akan keraguannya. Apa jawapan si suami?

"Eh, mana ada abang mungkir janji. Semua sekali abang buat ! "

Si isteri semakin hairan. "Bila masa abang berpuasa sepanjang tahun? Pagi-pagi lagi abang dah sarapan.. "

Kata si suami :
" Kan Nabi S.A.W bersabda, yang diriwayatkan oleh Jabir r.a, : Barang sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan enam hari dari bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang tahun. Abang buat yang tu cukuplah"

Bengang si isteri: "Kedua, abang kata nak khatam Al-Quran setiap hari. Bila abang buat??"

Balas si suami, 
"Eh, abang buat! Bukankah Nabi s.a.w bersabda,  “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).”

Jadi abang bacalah 3 kali seolah-olah sama satu Al-Quran . Abang pun dapat khatam Al-Quran setiap hari.”

“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.” (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)

Isteri kembali bertanya syarat ketiga, "Yang abang kata nak solat sepanjang malam pula?"

Senyum si suami, 
"Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam.”

Abang buat ini jelah...


Sumber : Ustaz Raihan Abdul Aziz at Tanyalah Ustaz TV9, Monday, 8th July 2013.