Isu Zikir Menari

on Tuesday, July 2, 2013
Isu ni hangat diperkatakan minggu lepas. Bermacam-macam reaksi dan persepsi ditimbulkan berbangkit dari video berkenaan. Anda pernah tengok video tu? Di bawah adalah video berkaitan.



Dan kenapa aku nak perkatakan soal isu ni?

Semasa heboh diperkatakan aku tidak begitu ambil tahu (concern) berkenaan isu tersebut. Tetapi pada masa yang sama seorang teman bertanya pendapat aku yang baginya agak extreme dan mungkin ada pengaruh-pengaruh fahaman yang tidak sepatutnya seperti Syiah.

Tetapi bagi aku, ianya tidak menjadi isu dan tidak sepatutnya diperbesarkan. Kerana pada pengamatan aku apa yang dizikirkan tidak terpesong atau tidak menjejaskan akidah pengamal cuma mungkin boleh dipersoalkan kehadiran kanak-kanak di tengah-tengah seolah-olah ritual puak Red Indian. Tetapi kalau kita tengok diakhir video kehadiran kanak-kanak ditengah-tengah tiada apa-apa motif apabila mereka semua bersurai begitu sahaja apabila habis berzikir (kerana kalau ritual pastinya ada acara susulan terhadap kanak-kanak tersebut). Selain dari itu, bagi aku ianya hanya sekadar zikir biasa yang tidak menjejaskan apa-apa. Tetapi aku minta pada teman aku untuk merujuk pada yang lebih arif dan faham berkenaan isu ini.

Sehinggalah semalam semasa aku merayau-rayau dalam ruang siber aku terjumpa Pandangan Dato' Haron Din berkenaan isu tersebut. Jawapan yang diberikan lebih kukuh. Jadi sesiapa yang tertanya-tanya seperti teman aku tadi boleh gunakan pandangan beliau sebagai rujukan. Di sini aku link kan pendapat tersebut. Sila klik disini. (Pada video yang aku link tu pun ada disertakan pandangan beliau)

Semoga kita sama-sama beroleh manfaat daripada ilmu ini. In sha Allah.