"Cinta Tak Semestinya Memiliki"

on Wednesday, January 9, 2013


   "Kalau bukan kerana Kak Lina mesti abang takkan buat macam ni pada saya kan?" rintih Iya seorang diri.

    "KENAPA? Kenapa mesti ada dia di antara kita?" kali ini nadanya tinggi sehingga menarik perhatian Aisyah.

"Iya...? Kau tak apa-apa ke?" pekik Aisyah dari tingkat bawah. Namun jeritannya tiada jawapan memaksa Aisyah menyusun langkah ke kamar Iya. Risau di ruang hatinya sambil teringat wajah Iya yang sugul serta matanya yang merah. Mungkin ada sesuatu yang terjadi di pejabat yang menganggu perasaan gadis periang itu. 

Pintu bilik Iya sedikit terbuka lalu Aisyah menyelak daun pintu perlahan sambil lembut memanggil adik kesayangannya itu. Terkejut Aisyah apabila melihat Iya teresak-esak menangis. Lalu didekati dan dipeluknya. Perasaan ingin tahu mengetuk hati Aisyah. "Kenapa dengan Iya ni?" soalnya lembut sambil tangan mengusap kepala Iya. " Ceritalah, mungkin kakak boleh tolong."

Iya keberatan untuk menceritakannya tapi setelah dipujuk kakaknya, dia perlahan membuka bicaranya.

       "Kak, dia tak sukakan Iya." ayat pertamanya mengundang lebih perasaan ingin tahu Aisyah.

       "Siapa? Kenapa dia tak suka? soal Aisyah yang dapat meneka masalah adiknya itu.

       "Erfan." pendek jawapannya.


       "Siapa Erfan tu? Dia ada beritahu Iya ke yang dia sukakan Iya?" soal Aisyah.

Tiada jawapan dari Iya. Suasana yang senyap membuatkan Aisyah faham keadaan sebenar.

       "Haha!" Aisyah tergelak. "Iya syok sendiri la ni ya?"

Erfan Izary adalah Pengurus Pemasaran di Garden Holding tempat Iya bekerja. Seorang lelaki yang kacak dan merupakan seorang yang peramah. Sikapnya disenangi oleh semua rakan sekerja. Bagi seorang gadis muda yang terperangkap dalam cinta pandang pertama pasti sekali akan tersalah anggap dengan setiap layanan yang diberi oleh Erfan.

Iya geram melihat gelagat kakaknya itu. "But he treats me well!" tegas Iya.


       "How well did he treats you?" soal Aisyah.

       "Kami selalu keluar bersama. Makan-makan. Dia selalu balas mesej-mesej Iya." jelas Iya.

Apa yang dituturkan adiknya menambahkan lagi kelucuan di hatinya. "Masih mentah lagi adik aku ni." detik hatinya. "Iya, itu semua tak bermakna dia sukakan Iya." jelasnya ringkas.

       "Tak! Kalau betina tu tak muncul mesti abang Erfan sukakan Iya." bentak Iya cuba menegakkan benang yang basah.

      "Ish! Tak baik cakap macam tu." nada Aisyah sedikit tinggi. Perkataan adiknya itu tidak disenangi Aisyah.

       "Dengar sini." suaranya kembali lembut memujuk. "Kalau dia sukakan Iya dia pasti akan beritahu Iya yang dia sukakan Iya. Dan dia tak akan terang-terang tunjuk yang dia punya pasangan."

"Tapi Iya sukakan dia. Cintakan dia" Iya kembali merintih.

      "Iya, Cinta tak semestinya memiliki." ujarnya lembut. "Jika cinta perlu melepaskan dia pergi, lepaskanlah. Biar dia bahagia" sambung Aisyah.

Iya memandang wajah kakaknya. Dilihat matanya mula berkaca. "Baiklah kak, Iya faham. Cinta tak semestinya memiliki." potongnya deras agar gambaran kisah lama tidak kembali bertamu di benak minda kakaknya.

      "Dah, pergi ambil wuduk tu, solat Isya'. Moga-moga hati tu tenang dan dijauhkan dari hasutan syaitan." arah Aisyah. "Jangan lupa doa diri tu dipertemukan jodoh yang baik" sambungnya mengusik.

Aisyah keluar dari bilik dan airmatinya perlahan mengalir di pipi.



Note : All of the photos are not mine and it goes to the respected owner.



"Biar Aku Simpan Perasaan Ini"

on Wednesday, January 2, 2013

Azlan melihat Asyraf murung dan sedih. Sudah masuk dua hari dia berkelakuan sebegini. Di benak fikirannya terasa ingin membantu teman serumahnya kembali ceria seperti dahulu. 

"Apa yang aku boleh buat? Aku sendiri pun tiada pengalaman putus cinta." Azlan bermonolog.

Cuba dicarinya cara penyelesaian melalui internet. Mungkin ada cara untuk mengubat hati Asyraf yang dilukai wanita yang pernah menghuni ruang hatinya itu. Lengkap sejam dia jumpa apa yang dicarinya. Mungkin ini cari terbaik. Dia mesti cuba kerana dia tak sanggup melihat kawannya berterusan begini.

Azlan mempersiapkan diri. Dipaksanya Asyraf untuk bersiap juga. Beberapa helah digunakan untuk menggerakkan Asyraf yang keras membatu. Namun selepas beberapa ketika Asyraf memberi respon. Kehendak Azlan tercapai.

Azlan dan Asyraf keluar menghirup udara segar. Waktu malam yang lengang dan tenang membuatkan Azlan tersenyum sendiri namun Asyraf  menunjukkan ekspresi yang sama. Raut wajah yang murung dan mata yang bergenang. Ego lelakinya masih tetap menyimpan titisan airmatanya. Tangisannya disimpan dalam-dalam. Itu yang membuatkan Azlan tidak senang. Risau perasaan itu mengheret Asyraf terus hanyut dibuai perasaan.

Tanpa Asyraf sedari langkah kaki mereka telah membawanya ke suatu tempat yang amat indah. Dihadapannya terbentang luas sungai yang dihujungnya dihiasi indah kerlipan lampu-lampu yang menghiasi jambatan. Niat Azlan untuk membawa temannya itu melepaskan segalanya yang terpendam didada pada alam ciptaan Yang Maha Esa.

"Hey, Zakiah!Kau ingat kau hebat sangat. Arah aku buat itu, buat ini?" jerit Azlan memecahkan suasana tenang malam itu. Asyraf sedikit terkejut namun tersenyum melihat gelagat temannya itu. 

Azlan menyambung jeritannya, "Kau tunggu bila aku di atas nanti, aku kerjakan kau". Menggunakan lady boss tempatnya bekerja supaya dapat Asyraf fahami niatnya yang sebenar. 

Azlan mendekati Asyraf dan memujuknya untuk meluahkan segalanya. Supaya hatinya tidak terbeban dengan perasaan yang dipendam. Tapi Asyraf menolak sambil lembut berkata.

"Tak apalah Azlan, biar aku simpan perasaan ini agar aku ingat betapa peritnya rasa sebuah kekecewaan. Supaya dapat aku hargai indahnya sebuah perhubungan. Mungkin ini hadiah dari Allah. Aku terlalu jauh hanyut dibuai perasaan cinta."

"Kau jangan bimbang aku akan kembali ceria kerana sekarang aku sedang menikmati rasa sebuah kekecewaan." ujarnya sambil tersenyum lalu menyambung.

"Biar aku simpan perasaan ini." 

Azlan memeluk temannya itu ibarat memujuk sambil dalam hati kecilnya berdecit, "Ah! Aku terlalu risau tak tentu pasal. Asyraf lebih matang dari anggapan aku."

Mereka berjalan pulang dengan seyuman kembali terukir di bibir Asyraf.

-Tamat-

Note : All of the photos are not mine and it goes to the respected owner.

Sahabat - Najwa Latiff, Sleeq dan Sham Kamarul

on Tuesday, January 1, 2013
Assalamualaikum,

Macam mana hari pertama tahun baru ni ye? Aku...? Sedih sikit sebab aku kena kerja...haha. tapi takpe aku xde masalah. Dalam kebosanan bekerja hari ini aku sempat juga merayau dekat youtube dan terjumpalah video ni. Bila aku dengar aku terus teringat kawan-kawan aku.

Aku nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang mengenali aku selama ni dan sudi menemani aku mengharungi saat-saat sukar bersama aku di tahun 2012 dan berharap semua akan terus bersama aku pada tahun-tahun mendatang terutamanya di tahun 2013. Selamat berjuang dan enjoy lagu ni.



Sahabat – Najwa Latif ft. Syamkamarul, Sleeq

[Najwa Latif]
Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

[Syamkamarul]
Kau ada di kala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku
Tanpa rasa jemu

Kau ada di setiap tawa
Di kala bahagia
Kau menjadi sahabatku
Selamanya

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

[Sleeq] RAP
Yeah sahabatku
Tetap bersamamu jika kau perlukanku
Dan ku tak kaku tak kekok
Kalau sampai buntu kita belok yok (yok)
Berjangkit sesama seperti mengusik si melatah
Kau kau jangan kau melampau
Dan kalau siapa mengusik Najwa
Tolong bagitau aku tapau

[Najwa Latif dan Syamkamarul]
Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
And try to translate it into English Lyrics since I've read foreigner had comment on the video that she not understand Malay. It's good to share the Malaysian music to the world. Hope I'm not put any mistake in that. And I can't find the world melatah in English. It might bring the different meaning. Sorry. I also try to make it syncronize with the melody like Malay Version but it's hard. :'-(

Friends - Najwa Latif ft. Syamkamarul, Sleeq

[Najwa Latif]
You are there when I am happy
When I am in sorrow

In every cry and laugh
You are there when i am in need 
Faithfully accompany me
Hold my hand tightly when I fall


You are the one who always 
Always be with me
Listening to my bittersweet life
 

You're the one who always there 
Faithfully waiting for me
You're the one
Being my friend

[Syamkamarul]

You are the when I am falling
In each of my rise 

Continue to accompany me
Without tired

You're in all my laughter
In happier times
You become my best friend
Forever


You are the one who always 
Always be with me
Listening to my bittersweet life

You're the one who always there 
Faithfully waiting for me
You're the one
Being my friend

 

[Sleeq] RAP
Yeah... my friend 

I'll be with you if you need me
And I'm not awkward nor stiff
If reach a dead end we turn yok (yok)
Contamination such as teasing the
startled
You..you...don't overboard
And if anyone bother Najwa
Please tell me, I'll packed them up...

[Najwa Latif and Syamkamarul]
I know I will always have

Have you
And I hope you also feel so


 
You are the one who always 
Always be with me
Listening to my bittersweet life
 

You're the one who always there 
Faithfully waiting for me
You're the one
Being my friend

 

You are the one who always 
Always be with me
Listening to my bittersweet life

You're the one who always there 
Faithfully waiting for me
You're the one
Being my friend

 

My Friend.......