Azlan melihat Asyraf murung dan sedih. Sudah masuk dua hari dia berkelakuan sebegini. Di benak fikirannya terasa ingin membantu teman serumahnya kembali ceria seperti dahulu.
Cuba dicarinya cara penyelesaian melalui internet. Mungkin ada cara untuk mengubat hati Asyraf yang dilukai wanita yang pernah menghuni ruang hatinya itu. Lengkap sejam dia jumpa apa yang dicarinya. Mungkin ini cari terbaik. Dia mesti cuba kerana dia tak sanggup melihat kawannya berterusan begini.
Azlan mempersiapkan diri. Dipaksanya Asyraf untuk bersiap juga. Beberapa helah digunakan untuk menggerakkan Asyraf yang keras membatu. Namun selepas beberapa ketika Asyraf memberi respon. Kehendak Azlan tercapai.
Azlan dan Asyraf keluar menghirup udara segar. Waktu malam yang lengang dan tenang membuatkan Azlan tersenyum sendiri namun Asyraf menunjukkan ekspresi yang sama. Raut wajah yang murung dan mata yang bergenang. Ego lelakinya masih tetap menyimpan titisan airmatanya. Tangisannya disimpan dalam-dalam. Itu yang membuatkan Azlan tidak senang. Risau perasaan itu mengheret Asyraf terus hanyut dibuai perasaan.
Tanpa Asyraf sedari langkah kaki mereka telah membawanya ke suatu tempat yang amat indah. Dihadapannya terbentang luas sungai yang dihujungnya dihiasi indah kerlipan lampu-lampu yang menghiasi jambatan. Niat Azlan untuk membawa temannya itu melepaskan segalanya yang terpendam didada pada alam ciptaan Yang Maha Esa.
"Hey, Zakiah!Kau ingat kau hebat sangat. Arah aku buat itu, buat ini?" jerit Azlan memecahkan suasana tenang malam itu. Asyraf sedikit terkejut namun tersenyum melihat gelagat temannya itu.
Azlan menyambung jeritannya, "Kau tunggu bila aku di atas nanti, aku kerjakan kau". Menggunakan lady boss tempatnya bekerja supaya dapat Asyraf fahami niatnya yang sebenar.
Azlan mendekati Asyraf dan memujuknya untuk meluahkan segalanya. Supaya hatinya tidak terbeban dengan perasaan yang dipendam. Tapi Asyraf menolak sambil lembut berkata.
"Tak apalah Azlan, biar aku simpan perasaan ini agar aku ingat betapa peritnya rasa sebuah kekecewaan. Supaya dapat aku hargai indahnya sebuah perhubungan. Mungkin ini hadiah dari Allah. Aku terlalu jauh hanyut dibuai perasaan cinta."
"Kau jangan bimbang aku akan kembali ceria kerana sekarang aku sedang menikmati rasa sebuah kekecewaan." ujarnya sambil tersenyum lalu menyambung.
"Biar aku simpan perasaan ini."
Azlan memeluk temannya itu ibarat memujuk sambil dalam hati kecilnya berdecit, "Ah! Aku terlalu risau tak tentu pasal. Asyraf lebih matang dari anggapan aku."
Mereka berjalan pulang dengan seyuman kembali terukir di bibir Asyraf.
-Tamat-
Note : All of the photos are not mine and it goes to the respected owner.



0 comments:
Post a Comment