The Band (Astro)

on Saturday, May 17, 2014
Assalamualaikum....

Sebenarnya dah lama aku nak menulis tentang rancangan ni yang ke udara setiap sabtu di Astro Ria. Tapi aku lupa sehinggalah semalam kawan aku bercakap pasal rancangan ni.

Dia bagitahu aku ada satu rancangan "BODOH" kat Astro yang cuba nak cari kumpulan macam kumpulan K-Pop. Aku tanya kenapa bodoh. Dia cakap " Menari macam kuda, menyanyi macam katak pastu muka macam orang pecah rumah." Hahaha....aku gelakkan aje. Nak betah pun tak guna sebab apa yang dia cakap bukannya salah 100% cuma agak kasar kalau orang dengar. Dan mungkin yang membaca ni pun akan fikir aku yang kurang ajar sebab tulis benda ni.

Sebenarnya, sebelum rancangan ni bersiaran, aku antara orang yang tak sabar nak tengok program ni kerana aku beranggapan mungkin ini adalah transformasi dalam industri hiburan kita yang semakin lama semakin tewas dengan kebanjiran muzik-muzik dari luar. lagipun dah lama kita tak ada kumpulan muzik seperti KRU, 4U2C, Feminin, Elite atau GT-Boys. 

Tapi, as the first group start performed i already got irritated. Diorang memang sucks. Dan aku tak perlu buang masa tengok program macam ni. terus aku capai remote dan cari channel lain. Sebab tu bila member aku cakap ada rancangan bodoh main kat astro, aku dah boleh agak rancangan apa. 

Maknanya selepas beberapa minggu program tu ke udara ianya tak berubah dari episod pertama yang aku tengok dan menyampah tu. Sebab lepas episod pertama yang aku tengok tu, aku dah tak pernah rasa berselera nak tengok lagi sehinggalah member aku bagitahu.

But, all the blame I put on the production house yang tetap menyiarkan rancangan macam tu. Diorang tak rasa geli ke tengok rancangan yang diorang buat tu.

Kalaulah diorang betul-betul nak wujudkan kumpulan macam k-pop, put aside ketamakan yang memang wujud dalam astro dari mula-mula ianya ditubuhkan.

Kumpulan k-pop tak wujud dalam sekelip mata atau dari program realiti mingguan. Mereka wujud selepas beberapa tahun dalam latihan...YA...beberapa tahun. Rekod paling sekejap pun adalah Lee Changmin dari Kumpulan 2AM yang di latih selama 3 minggu sebelum debut sebagai artis. Yang lain akan menjalani latihan dalam segenap aspek muzik; menyanyi, menari, menulis lirik dan menggubah lagu. 

Selain itu, mereka akan juga di ajar beberapa bahasa utama iaitu English, Jepun, dan Mandarin agar dapat berkomunikasi dengan peminat-peminat dari seluruh dunia. Dan syarikat mereka menaung akan menanggung semua kos kerana ia adalah pelaburan yang akan mengembalikan pulangan dan lihatlah bagaimana JYP Entertainment, YG Entertainment dan SM Entertainment menjadi syarikat hiburan utama di Korea.
 
Jadi, kepada syarikat rakaman yang nak tubuhkan kumpulan seumpanya pergilah menuntut ilmu dulu. Dan kepada Astro atau lebih spesifiknya kumpulan produksi yang buat show ni sila lebih kreatif.

Korang boleh tengok rancangan "Win: Who's Next?" yang aku pernah ceritakan dalam post aku sebelum ini (sini). Program tersebut adalah rancangan dari TV Internet Korea, MNet. Dua kumpulan yang telah dilatih selama lebih kurang 2 tahun oleh YG dan bersaing untuk debut sebagai artis. Perhatikan perbezaan mereka dengan kumpulan dalam rancangan The Band.

*there is no an easy road to success.

Immortal Songs 2 : Foreign Singer Special

on Saturday, May 3, 2014
Assalamualaikum...

Hari aku menonton Immortal Songs 2 : Foreign Singer Special. Memang setiap minggu aku menonton rancangan ni. Aku pernah mention pasal rancangan dalam post aku yang lepas.

Tapi untuk episod ni aku excited nak share dalam blog aku. Mungkin sebab lagu-lagu kali ni adalah lagu-lagu yang aku tahu dan suka. Aku impressed dengan semua 6 penyanyi yang bertanding kali ni. Bagi aku inilah episod terbaik berbanding 147 episod sebelum ni.

Bagi yang belum menonton boleh tonton di link yang aku share di bawah. Tapi sebelum tu korang boleh baca komen aku dulu. Hihi.....sebab aku excited..... Tapi kalau korang tak nak rasa spoil, bolehlah terus jump ke videonya.

1st - Ailee : I Will Always Love You (Whitney Houston)

Persembahan pembukaan dimulakan oleh Ailee yang peminat rancangan ini sedia maklum bahawa dia adalah diva di Immortal Song 2 ini. Suaranya semasa menyanyikan lagu ni sama hebatnya dengan Whitney Houston. Bila MCs rancangan ni cakap suaranya lebih hebat dari mendiang mungkin kedengaran agak exaggerate tapi entah kenapa aku seolah-olah bersetuju. Dia menang apabila menewaskan The One dengan undian 406. 

2nd - The One : Early In The Morning (Cliff Richard)

Persembahan kedua dari The One menarik tapi tak mampu menyaingi persembahan Ailee. Secara terus terang, aku tak kenal lagu ni tapi bila The One menyanyikan lagu ni ia memang sedap. Tapi masih tidak mampu menandingi Ailee.

3rd - Got7 : I Was Made For Dancing (Leif Garret)

Bagi yang meminati muzik K-Pop pasti kenal dengan anak didik JYP ini. Kumpulan yang debut baru 4 bulan (15 Jan 2014) ini telah membuka paradigma baru dalam tarian K-Pop boyband apabila genre tarian mereka berbentuk akrobatik. Sesuai dengan tema kumpulan mereka maka persembahan mereka juga berbentuk akrobatik. Lagu yang disampaikan juga sesuai dengan kumpulan ini. Seolah-olah lagu ini merupakan lagu mereka. Tapi ianya tetap tidak mampu menarik perhatian penonton yang masih terngiang-ngiang persembahan Ailee.

4th - Kim Jong Seo - Hotel California (Eagles)

Kim Jong Seo ni sebenarnya lagenda rock Korea dan dia sepatutnya duduk dikerusi lagenda sambil mendengar penyanyi-penyanyi generasi baru menyanyikan lagunya tapi dia tak mahu. Ini merupakan kemunculannya yang keempat (kalau tak silap) dalam rancangan ini. Disebabkan lagu ni memang terkenal dengan petikan gitar yang hebat maka dia menjemput gitaris-gitaris dari kumpulan rock lagenda Korea iaitu Kim Tae Won (Boohwal) dan Shin Dae Cheol (Sinawe). Kalau diikutkan mereka ni tak sepatutnya duduk dikerusi yang melakukan persembahan kerana mereka ini lagenda muzik rock di Korea. Tapi mereka rendah diri dan tidak merasa diri mereka layak bergelar lagenda. Kim Jong Seo menewaskan Ailee dengan undian 411.

5th - ZE:A - Step By Step (New Kids On The Block)

Kumpulan ni dah banyak kali perform dalam rancangan ni. Mereka sering membuat persembahan yang ceria dan excited dengan tarian mereka yang mempesonakan. Tapi mereka tak pernah membawa pulang trofi dari rancangan ini. Namun, kali ini mereka berjaya buat kali pertamanya apabila berjaya menarik perhatian penonton dan seterusnya menang dengan 429 undi menewaskan Kim Jong Seo.

6th - Bobby Kim - Sorry Seems To Be The Hardest Word (Sir Elton John)

Dia ni pun di kira orang lama, cuma belum sampai tahap lagenda lagi. Pembawa muzik genre R&B ini mendendangkan lagu berhantu. Tapi bagi aku dia gagal membawa kegemilangan lagu ni dalam persembahannya. Walaupun persembahannya menarik didengar tapi seolah-olah persembahan yang sudah menyerah kalah. Aku geram juga dengan dia ni sebab lagu ni favourite aku dan aku agak kecewa dengan persembahan mereka.

Apa-apa pun persembahan keenam-enam ni memang terbaik. Dan untuk mereka yang tak tahu kaedah penentuan pemenangnya mari sini aku bagitahu. Haha.... Penonton akan mengundi selepas setiap persembahan sama ada persembahan itu menarik untuk mereka. Dan jumlah penonton yang mengundi setahu aku adalah seramai 500 orang sahaja. Penonton diberi alat yang mempunyai butang untuk ditekan sekiranya satu-satu persembahan itu menarik bagi mereka. Dan ia merupakan one on one battle. Pemenang akan dilawan oleh penyanyi berikutnya dengan membawa undi yang telah dipungut. NO REVOTE. Sekiranya penentangnya memungut lebih undi maka dia menang.

Bagi mereka yang nak tengok episod-episod sebelum ni bolehlah ke laman web ini. LINK

Selamat Menonton

Full Episode - Immortal Songs 2 : Foreign Singer Special. Here


*korang boleh klik pada nama penyanyi untuk lihat profil mereka kecuali The One. Aku tak jumpa profilnya.