Buat Sang Pendidik

on Thursday, May 16, 2013

Kasihan....aku bersimpati

Tiada Masa...?

Tapi merekalah yang datang kerja pukul 7 balik pukul 4
Tatkala yang lain melangkah keluar dari pejabat bila jam 5
Ada yang bila menjeling jam di dinding
Haa...!? Dah pukul 10!

Merekalah yang berehat hujung minggu bersama keluarga
Bila yang lain, hujung minggu tak memberi apa-apa makna.
Dari Isnin ke Ahad, seminggu tak pernah cukup
Ke sana, ke mari mencari rezeki

Merekalah yang tak perlu memohon cuti
Cuti awal tahun, pertengahan tahun, akhir tahun
Cuti raya puasa, raya cina, semua perayaan pun disambut
Bila yang lain berebut cuti
Ada yang hangus begitu sahaja cuti rehat mereka.



Kenapa post aku berbunyi macam anti-teachers' post je?

Tak...aku tak anti mereka malah gurulah yang mendidik aku menjadi diri aku yang sekarang ini mampu berdiri di atas kaki sendiri dari menadah tangan mengharap bantuan dari sesiapa. Merekalah yang membentuk sahsiah dan peribadi diri aku untuk menjadi manusia yang dihormati orang lain. Malah, aku juga pernah menjadi pendidik. Aku pernah berada di depan pelajar-pelajar aku yang baik dan memberi aku harapan untuk melihat negara yang terus maju. Membentuk manusia yang akan terus mendukung wawasan pejuang-pejuang terdahulu.

Tapi please la...cikgu-cikgu zaman sekarang. Espesially cikgu yang menulis dalam keratan akhbar di atas (even keratan ni dah berusia 3 tahun). Aku sebelum ini mengajar di sekolah agama No 1 di Melaka dan cikgu-cikgu di sana tak pernah merengek. Malah mereka bekerja dengan tekun, amanah dan berdedikasi. Itulah mungkin menjadi sebab sekolah ini menjadi sekolah yang digeruni di Melaka. Sekolah tu pun tak adalah cantik kalau nak dibandingkan dengan sekolah-sekolah moden lain di Malaysia. Sekolah tu dah berusia lebih dari 30 tahun.


"Kerja cikgulah yang paling stress." kata bunch of teachers yang aku kenal.

Keratan akhbar sebelah mungkin boleh dijadikan kayu ukur untuk dakwaan tersebut. Korang tak stress sangat pun. Bila seorang pengetua kena jaga satu sekolah antara 1500-2000 pelajar, seorang Ketua Polis Daerah (OCPD) kena jaga satu daerah dengan pelbagai ragam manusia.

Bila korang kena jaga sekumpulan budak-budak nakal, seorang warden penjara kena jaga sekumpulan manusia yang telah mencemar tangan mereka dengan jenayah.

Bomba...? Even Bomba pun lebih stress dari korang.

Even recently, aku tengok member-member aku yang mengajar aktif pula berpolitik dalam laman sosial masing-masing. Mentang-metanglah kerajaan dah benarkan cikgu terlibat dengan politik but still tolonglah jaga maruah masing-masing. Meroyan seolah-olah kerajaan tak pernah adil pada golongan mereka padahal merekalah paling banyak mendapat perhatian dari kerajaan. Student korang tengokla.... So, tak boleh ke korang buat kerja dengan ikhlas dan berdedikasi demi agama, bangsa dan negara. 

So, dari korang duk merungut setiap hari baik korang buat kerja sebab dalam dunia ni bukan korang yang paling malang.


#Tahun ni ex-student ambil SPM. So, goodluck untuk mereka.