Bahtera Yang Semakin Tenggelam

on Thursday, May 3, 2018
Maka bermulalah sebuah pelayaran....

Dibawa belayar sebuah Bahtera Yang Gah oleh seorang Nahkoda yang cukup digeruni hasil didikan nahkoda-nahkoda terdahulu. Selama 22 tahun beliau mengemudi bahtera tersebut meredah segala ribut dan taufan. Setiap dugaan sepanjang pelayaran berjaya diharungi oleh Nahkoda Pertama bersama anak-anak kapal. Segala ceruk dan benua akan mengenali bahtera tersebut setiap kali ia singgah di dermaga. Malah nahkodanya digeruni dan dihormati. Anak-anak kapal akan dilayan dengan baik kerana gahnya bahtera tersebut bersama Nahkodanya.

Namun, resam manusia yang muda pasti akan tua. Beliau melepaskan kemudi kepada nahkoda baharu, Nahkoda Kedua. Namun, bahtera tersebut seperti hilang arah. Niat dihati tidak mahu masuk campur urusan nahkoda baharu tetapi bahtera semakin hilang punca. Bimbang akan terus sesat maka didesaknya nahkoda tersebut untuk melepaskan kemudi untuk digantikan dengan nahkoda yang lain. Nahkoda tersebut melepaskan kemudi tanpa keluhan, walau perasaan dihati tidak puas kerana beliau belum sempat menunjukkan kemampuannya. Maka diamlah dia sehingga kini.

Dan dibawa belayarlah bahtera tersebut dengan Nahkoda yang lebih muda. Selepas 9 tahun belayar mulalah Nahkoda Ketiga menunjukkan belangnya. Segala pekung mula terdedah. Keretakan di dinding-dinding bahtera tidak dapat disembunyikan lagi. Malah kapal yang dibina cantik dan kukuh kini semakin retak. Air mula memasuki bahtera tersebut dan semakin menenggelamkan bahtera. Kapal semakin hilang arah. Desakan dari anak kapal untuk membaiki kapal tersebut tidak diendahkan. Kerana baginya, apa yang dilakukan adalah memadai dan yang terbaik. Malah yang berani bersuara akan dihumban keluar dari bahtera. Justeru, berdiamlah mereka dek bimbang dicampak keluar dari bahtera dan hilang nikmat yang dikecapi selama ini.

Nahkoda pertama yang mendiamkan diri kembali bersuara setelah dipujuk oleh anak-anak kapal yang bacul berkata-kata. Diminta untuk melepaskan kemudi malah dibalas dengan kata-kata nista dan tuduhan melampau. Tidak seperti Nahkoda Kedua yang rela melepaskan kemudi tanpa tentangan, Nahkoda Ketiga terus berdegil. Bahtera semakin tenggelam, anak-anak kapal kini hilang ikhtiar.

Nahkoda Pertama semakin hilang sabar. Segala pujukan dan amaran yang diberikan tidak diendahkan. Enggan untuk berdiam diri, terjunlah beliau dari bahtera tersebut bersama anak-anak kapal yang setia bersamanya sebelum bahtera tersebut tenggelam. Berenanglah mereka mencari harapan.

Dalam seketika beliau bersama anak kapal diselamatkan oleh bahtera yang lebih kecil. Walaupun bahtera tersebut kecil tetapi ramai nahkodanya. Dengan arah tujuan yang tidak tetap malah sering bertengkar. Tanpa berlengah Nahkoda Pertama cuba menyatukan semua dan mengetuai bahtera tersebut. Namun jauh di sudut hatinya masih sayangkan bahtera lamanya. Maka dikemudinya bahtera tersebut untuk mencari bahtera lamanya. Baginya walau gagal menyelamatkan bahtera tersebut cukuplah sekiranya dapat menyelamatkan anak-anak kapal yang tidak mampu mengikutnya berenang sebelum ini.

Setelah berlayar seketika, maka ditemuilah bahtera lama tersebut. Dilihatnya bahtera tersebut semakin uzur. Walau dikayuh bersungguh seolah tidak kemana. Maka, dihampirinya bahtera tersebut untuk menyelamatkan anak-anak kapal yang ada.

Tetapi, anak-anak kapal tersebut sangsi malah berburuk sangka. Pelbagai persoalan berterusan bemain di benak minda mereka.

“Adakah melompat ke bahtera baharu dengan Nahkoda Pertama akan menyelamatkan mereka? Kerana bahtera tersebut jugalah yang cuba untuk menenggelamkan mereka suatu ketika dahulu. Cuma bezanya, ia kini dikemudi oleh Nahkoda Pertama.”

“Nahkoda Pertama juga semakin tua. Mampukah beliau terus mengemudi bahtera tersebut? Sekiranya Tuhan lebih sayangkannya, nahkoda-nahkoda lama bahtera tersebut pasti akan terus berebut kuasa. Maka bahtera tersebut juga tidak selamat.”

“Adakah mereka perlu setia dalam bahtera lama yang semakin tenggelam bersama Nahkoda Ketiga yang terus menggila, tamak dan tiada belas. Kerana bahtera inilah yang menjadi saksi kepada setiap darah, keringat dan air mata yang ditumpahkan untuk sampai sejauh ini.”

Segala persoalan menjadi semakin kusut dan apakah keputusan anak-anak kapal tersebut? Nantikan 9 MEI ini.



Nota Penglipulara :-
Bukan Bahtera yang menjadi punca kejayaan sesuatu perjalanan tersebut tetapi kewibawaan nahkodanya untuk mengemudinya. Nahkodalah yang akan pastikan bahtera mereka kukuh dan mampu untuk berlayar jauh. Tapi sekiranya nahkoda tersebut tidak amanah dan tidak jujur serta tamak maka tenggelamlah bahtera tersebut tanpa sempat memulakan perjalanan.

Wassalam...




Random Thought

on Tuesday, June 7, 2016

There is time when you feel you want to run away,
But you have no place to go.

There is time when you want to tell a story,
But you have no one to talk.

There is time when you feel you have to smile,
But even simple thing make you cry.

There is time when you think there is someone for you,
But you are actually alone.

There is time when think you live well in them,
But they actually just using you.

There is time when you questioning your existence,
But you never found the answer.

There is time when you feel like you better die,
But you have no right to take your life.

But then when all these "time" happen, what should you do? 

Ranking of Male Idol (K-Pop) In "King Of Masked Singer"

on Saturday, March 5, 2016
Sejak beberapa bulan ni, aku tertarik dengan satu program nyanyian di Korea. "King Of Masked Singer" atau disebut ringkas sebagai Masked Singer. Mereka menjemput selebriti dari pelbagai latar belakang, penyanyi, pelakon, pelawak malah atlet juga menyertai program ini. Ia berbentuk pertandingan yang mengumpulkan 8 selebriti yang berentap secara round robin. Since aku macam malas nak taip panjang-panjang format rancangan ni so aku copy paste dari wikipedia je la....hehe.


"Competitors are given elaborate masks to wear in order to conceal their identity, thus removing factors such as popularity, career and age that could lead to prejudiced voting. In the first round, a pair of competitors sing the same song, while in the second and third rounds they each sing a solo song. After the First Generation, the winner of the Third Round goes on to challenge the Mask King, and is either eliminated or replaces the previous Mask King through live voting. The identities of the singers are not revealed unless they have been eliminated.


The winners of each pair are selected by the audience and panel of judges through instant live votes. The names of contestants are not revealed unless they have been eliminated. The next generation is continued with a new set of masked singers who will all go through three rounds of elimination, with one finalist challenging the winner of the previous generation's Mask King."

Ok, faham,...? hahaha...

Aku tertarik dengan konsep rancangan ni yang menonjolkan keupayaan vokal selebriti itu semata-mata tanpa faktor lain seperti populariti. Aku tergerak untuk buat list ranking bagi kumpulan k-pop lelaki (male idol group) sebab ramai orang cakap kumpulan k-pop ni hanya bergantung kepada keupayaan mereka menari dan memiliki rupa yang menarik semata-mata. Melalui rancangan ini, sedikit sebanyak telah mengubah persepsi tersebut. Since, they were judged solely on vocal by wearing a mask, aku rasa ranking aku buat berdasarkan rancangan ni adalah fair and square because penonton tak kenal pun siapa yang menyanyi. Berikut adalah ranking yang aku sediakan:-

10. Niel (Teen Top) - Stage name : Gapdol                                                                 

9. Dong Woon (B2ST) - Stage name : Sea Prince
8. Kihyun (Monsta X) - Stage name : Dragon King
7. Jun K. (2PM) - Stage name : Dream of the Square
6. G.O (MBLAQ) - Stage name : Dad Bought Bungeoppang
5. Ryeowook (Super Junior) - Stage name : Golden Time of Miracle
4. Yook Sungjae (BTOB) - Stage name : Tired Bumblebee
3. Sandeul (B1A4) - Stage name : Flowering Silky Fowl
 2. Lee Hyun (Homme/8eight) - Stage name : Your Majesty
1. Chen (EXO) - Stage name : Legendary Guitarman



Macam mana aku tentukan ranking mereka...? Lihat dibawah.

RANKING ARTIST GROUP R1 R2 R3 Final
1 CHEN EXO 67 71 51 35
2 LEE HYUN HOMME/8EIGHT 57 58 55 24
3 SANDEUL B1A4 78 59 47
4 YOOK SUNGJAE BTOB 59 64 31
5 RYEOWOOK SUPER JUNIOR 64 61 20
6 G.O MBLAQ 52 58 19
7 JUN.K 2PM 61 54 8
8 KIHYUN MONSTA X 63 48
9 SON DONG WOON B2ST 58 48
10 NIEL TEEN TOP 53 45
11 KYUHYUN SUPER JUNIOR 76 40
12 KEN  VIXX 53 40
13 CHANGMIN 2AM/HOMME 51 34
14 TAE IL BLOCK B 65 32
15 CHANGSEOB BTOB 59 31
16 CHUN JI TEEN TOP 53 30
17 SUNYOUL UP10TION 51 25
18 DAEHYUN B.A.P 51 16
19 LEE HONGKI FT ISLAND 48
20 KANGNAM M.I.B 47
21 KANGIN SUPER JUNIOR 43








Nombor-nombor tu sebenarnya adalah jumlah undian yang diterima dalam setiap battle round yang selebriti tersebut dapat daripada penonton. Ada diantara mereka yang kalah di pusingan pertama (R1). Manakala Chen (Ep. 21) dan Lee Hyun  (Ep. 31) berjaya ke Final Battle untuk berlawan dengan Masked King tapi malangnya mereka kalah.

Ada beberapa idol yang aku harap akan join rancangan ni sebab aku tahu diorang ni mempunyai suara yang sedap:-

1. Jeon Jongkook (BTS).
2. Kim Dongjoon (ZEA).
3. Yonghwa (CNBLUE).
4. Sungkyu & Woohyun (INFINITE).
5. Seungkwan (SEVENTEEN).


Kuasa Hanya Milik Yang Esa

on Friday, December 4, 2015
Bersemayamlah Kamu Di Singgahsana,
Dikeliling Pembesar Berkeris Penuh Lekuk,
Dilindung Hulubalang Bertombak Tak Bermata,
Dibelai Si Dayang Yang Mengipas,

Tuliku Mendengar,
Diamku Bukan Membisu,
Pejamku Melihat,
Masamu Pastikan Tiba,

Hari Ini Kau Berkuasa,
Tapi Kuasa Hanya Milik Yang Esa.


*Posted on my Facebook pada 29 Julai 2015