Dinding Ratapan

on Wednesday, June 26, 2013
Photo: WAJIB BACA!!! SAUDARAku...
Tahukah anda apa makna WALL?
Yup. . Ia bermakna DINDING. Lalu
kenapa dengan dinding?
Saya lanjutkan. .
Siapakah yang membuat FB?
Mark Zuckerberg seorang
berbangsa YAHUDI. Apa
kaitannya WALL & YAHUDI?
Kaitan keduanya sangat erat.
DINDING RATAPAN.
Didinding itu mereka menangisi
dosa-dosa mereka,meluahkan
harapan,ratapan dan segalanya.
Itulah tujuan mereka membuat
FB.
Dan tanpa kita sadari, kita lebih
banyak mengadu masalah diFB
daripada mengadu kepada ALLAH
SWT, lebih mengutamakan
update status daripada shalat dan
dzikir kepada ALLAH SWT.
Hati-hatilah sahabat, bisa-bisa kita
nanti menjadi ''Tassyabuh'' atau
menyerupai kaum lain (Yahudi).
Nabi melarang dalam sabdanya:''
Barang siapa menyerupai suatu
kaum, maka ia termasuk dalam
golongannya."
Oleh karena itu, jangan jadikan
WALL FB sebagai tempat luahan
perasaan seperti mereka. Tapi
jadikanlah ia sebagai tempat
membagi ilmu dan nasehat
kebaikan kepada umat Nabi
Muhammad SAW. Walaupun
hanya kepada 1 orang.
Jadikan Wall FB sebagai media
untuk menyebarkan dakwah.
Jika anda belum percaya silahkan
buka Google dan Search:''
Wailing Wall Of Israel ''.
Mari kita renungkan.
'' Sungguh kalian akan mengikuti
langkah2 orang2 sebelum kalian
sejengkal demi sejengkal dan
sehasta demi sehasta. Bahkan
seandainya mereka masuk lubang
biawakpun niscaya kalian ikut
masuk pula kedalamnya. Para
sahabat bertanya:'Siapakan
mereka itu Ya Rasulullah?'. Beliau
menjawab:'' Ahli Kitab (Nasrani &
Yahudi). ! Siapa lagi kalau bukan
mereka? " [HR. Imam Bukhari]
Jadi postkanlah kata2 hikmah/
nasehat/ayat Al-Quran,
Hadits,Ulama terdahulu tentang
agama Islam.
Gunakan peluang Yahudi/Nasrani
yang akan merusak umat Islam
dengan membangunkan agama
Islam melalui platform mereka.
Ini ilmu baru. Yuk kita amalkan
dan dishare keteman yang lain.
Mari kita jalani kehidupan ini
dengam ilmu dan iman.
Semoga Allah Ridho....
(disadur dari fb: Pendidikan
Quran Habiburahman)
Kalo dirasa Bermanfaat
klik Bagikan Ya Sob..
Insya Allah jika niatan kita baik,
hasilnya pun akan baik

-awinda al habsyi-
"Wailing Wall of Israel"

Sejak kebelakangan ni aku banyak tengok dalam facebook member-member yang berdoa di wall masing-masing. Bagi aku tidak menjadi masalah sekiranya kita meminta rakan-rakan di facebook untuk mendoakan kebaikan untuk diri bila berdepan masalah seperti sakit atau akan menghadiri temuduga tetapi bila meletakkan post yang seperti berdoa aku rasa itu tak kena dan tak betul. Seolah-olah anda berdoa pada facebook. Kan lebih baik kita angkat tangan dan berdoa pada Allah yang lebih afdalnya di atas sejadah selepas solat. 

Perkara ni buat aku agak tak selesa sebab aku pernah terbaca juga pernah berkongsi di ruangan facebook aku lama dulu. Dan di sini aku berkongsi lagi agar dihayati oleh umat Islam terutamanya di Malaysia.


WAJIB BACA!!! SAUDARAKU...

Tahukah anda apa makna WALL pada Facebook
Ya... Ianya bermaksud DINDING. Jadi kenapa dengan dinding? 

Siapakah yang membuat Facebook
Seorang berbangsa YAHUDI bernama Mark Zuckerberg 

Apa kaitannya WALL & YAHUDI?
DINDING RATAPAN (seperti gambar di atas). Di dinding itu mereka berdoa, menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya. Itulah tujuan mereka membuat Facebook. Dan tanpa kita sadari, kita lebih banyak mengadu masalah di Facebook daripada mengadu kepada ALLAH SWT, lebih mengutamakan update status daripada solat dan zikir kepada ALLAH SWT. Hati-hatilah sahabat, dikhuatiri kita nanti menjadi ''Tassyabuh'' atau menyerupai kaum lain (Yahudi). 


Oleh karena itu, jangan jadikan WALL Facebook sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi jadikanlah ia sebagai tempat memberi ilmu dan nasihat kebaikan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Walaupun hanya kepada 1 orang. Jadikan WALL Facebook sebagai media untuk menyebarkan dakwah. Jika anda belum percaya silakan Google dan Search: ''Wailing Wall Of Israel ''. 

Mari kita renungkan. ''Sungguh kalian akan mengikuti langkah-langkah orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta. Bahkan seandainya mereka masuk lubang biawak pun nescaya kalian ikut masuk pula ke dalamnya. Para sahabat bertanya:'Siapakan mereka itu Ya Rasulullah?'. Beliau menjawab:'' Ahli Kitab (Nasrani & Yahudi)! Siapa lagi kalau bukan mereka? " [HR. Imam Bukhari] 

Jadi postkanlah kata-kata hikmah/nasihat/ayat Al-Quran, Hadits, dan Pesanan Ulama terdahulu tentang agama Islam. Gunakan medium yang Yahudi/Nasrani bangunkan untuk merosak umat Islam ini dengan membangunkan agama Islam melalui platform mereka. 

(Sumber dari Facebook: Pendidikan Quran Habiburahman)


Jadi berhati-hatilah kawan-kawanku, gunakanlah medium mereka untuk memberi faedah pada kita jangan biarkan diri di heret menjadi seperti mereka.


Wallahua'lam....

Ad-Dukhan

Quick Note.

Tahukah anda jerebu ada disebut di dalam Al-Quran dan merupakan antara 10 tanda kiamat. Dalam Surah Ad-Dukhan ada menyebut mengenai jerebu dalam ayat 10 yang bermaksud :

 Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang
 jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat), (10) 

Tetapi aku sebenarnya lebih tertarik dengan ayat 9 yang bermaksud :

(Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka 
masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara agama.(9)


Kenapa pula ayat tersebut menarik minat aku? Kerana ayat tersebut paling dekat dengan suasana di negara kita sekarang. Kita (Mereka) tak percaya terhadap kebenaran yang terang lagi nyata tapi terus-terusan mempercayai yang batil walau tiada bukti kerana kita (mereka) memilih untuk percaya apa yang kita nak dengar. Sehingga ada pemimpin mereka dengan mudahnya mengisytiharkan jihad sesuai dengan ayat "sambil bermain-main dengan agama". Sungguh tepat firman Allah sebab itu ianya menarik perhatian saya. Suratan atau Kebetulan. Wallahualam.

Walauapapun Allah lebih mengetahui. Tapi sebelum saya menamatkan entry kali ini saya nak kongsi secara ringkas berkenaan cara melakukan Solat Istisqa' iaitu solat memohon hujan.



Rakaat Pertama


1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Istisqa’



    صَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِسْقَاءِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى        
                                           Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat ististiqa’ 2 rakaat kerana Allah Taala.

2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)    Takbir Tujuh kali dan diselangi membaca zikir seperti سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ “Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar” 

5)      Membaca surah al-Fatihah
6)      Membaca Surah al-Qur’an
7)      Rukuk
8)      Iktidal
9)      Sujud
10)    Duduk antara dua sujud
11)    Sujud kali kedua
12)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)   Takbir Lima kali dan diselangi membaca zikir seperti سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ “Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar”

2)      Membaca surah al-Fatihah
3)      Membaca Surah al-Qur’an
4)      Rukuk
5)      Iktidal
6)      Sujud
7)      Duduk antara dua sujud
8)      Sujud kali kedua
9)      Duduk untuk tahiyyat akhir
10)    Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Wallahualam...

Aku Berbulu

on Tuesday, June 25, 2013
Tengok tajuk mesti macam geli kan. Tajuk ni tak ada kena mengena dengan rupa fizikal aku. Sila maklum...haha.
Bukan apa..saja nak luahkan perasaan yang membuatkan aku seharian tak boleh buat kerja akibat perasaan berbulu aku pada housemate aku yang hangguk ni.
Meh sini nak citer....
Member aku ni jenis suka tengok tv lewat-lewat malam but its okay for me. Apa yang tak ok...tv tu akan tengok dia balik sampai ke pagi. And for sure tv tu aku yang punya bukan ahmad albab yang punya.
Aku tak suka pembaziran macam ni sebab selain membazir elektrik, tv ada jangka hayat ok. So bila di buka tak digunakan bukankah itu membazirkan jangka hayat tv tu. Katalah ada kilat petir sabung menyabung pulak time tu sambar pulak tv tu, sape nak bayar?
Mesti ada yang cakap...ala mende kecik pon nak kecoh ke?
Aku dari orang susah, setiap barang yg aku beli akan aku treasure betul-betul sampai tak boleh pakai langsung dan of coz aku akan sensitif pasal mende ni.
Kalau aku xpernah bgtau dia atau pesan takpelah tapi dah berbuih mulut ni bercakap . Hasilnya tetap sama. Aku terus give up.
So pada pembaca-pembaca yang ada housemate tolonglah guna barang housemate anda dengan cermat dan baik.
Wassalam.

Oh! Mahasiswa.

on Monday, June 24, 2013
Assalamualaikum...
Lama dah tak mencoret sesuatu di sini. Tiba-tiba terlintas sesuatu di fikiran yang buat aku teringin mengukir kata di sini. Sekadar untuk renungan generasi kini.
Pernah suatu ketika, aku masih fresh graduate pada waktu itu. Aku duduk bersembang di sebuah gerai makan dengan seorang pak cik dalam lingkungan 45-50 tahun. Dari gayanya mungkin dari golongan profesional. Aku tak kenal dia tapi dia cukup mesra.
Dia bertanyakan kepada aku di mana aku belajar. Dia agak bingung kerana universiti yang aku maklumkan tidak dia kenali.
Katanya dalam nada sindir "Kerajaan kita terlalu bagus, nak bagi semua orang belajar terutama anak melayu. Universiti inilah, itulah. Belum kira kolej dan poli lagi"
Aku sedikit terasa. Apa maksud pakcik ni sebenarnya?
"Bila dah ada banyak sangat universiti ni, semua orang boleh belajar, itu yang mahasiswa yang ada sekarang lebih banyak sampah dari orang" katanya lagi.
Aku macam....wah kurang ajar betul mulut pakcik ni sebab aku pon produk universiti masa kini tapi aku biar je...malas nak kurang ajar balik dengan orang tua.
Tapi dia terangkan balik apa maksud kata-kata dia sebenar bila nampak aku macam tak selesa. Dia suruh aku lihat graduan sekarang berapa ramai yang ada sense of survival dan berapa ramai yang datang ke universiti atau kolej untuk belajar. Adakah mereka dah forsee masa depan mereka dan bersedia untuk berdepan dengan masa depan tersebut. Apa yang mereka harap segalanya disuap ke mulut.
Aku bersetuju dengan apa yang pakcik tu cakap sebab aku di universiti dulu pon banyak main dari belajar tapi mujur aku sempat tersedar sebelum tamat belajar.
Hari ini bila aku lihat ke sekeliling aku melihat graduan sekarang terutama yang sedang belajar. Aku bersetuju dengan pakcik tu. Mahasiswa sekarang lebih banyak sampah dari orang.
Ada seorang teman yang kini berpangkat pengurus di syarikat swasta mengeluh bila menerima pekerja baru. Masa interview hebat, kita akan ternganga bila dia bercakap tapi bila kerja... dah orang bodoh langsung tak boleh buat kerja.
Lihatlah sekarang...
Konon menegakkan keadilan tapi kabur di mana kezalimannya.
Bersorak menentang penindasan tetapi tak tahu dimana pemberatnya.
Apa yang kamu belajar hanyalah falsafah atau teori yang hakikat dan realitinya belum tentu pasti. Jangan relakan diri menjadi alat mereka yang berkepentingan kerana jika ya......mereka yang cerdik kamu yang bodoh.
Wahai generasiku...bertindaklah mengikut akal yang waras bukan emosi menggila. Al-Quran dan As-Sunnah ada untuk kamu jadikan panduan. Bekalan dari Pemimpin Agung kita.
Wassalam....