Tahukah anda jerebu ada disebut di dalam Al-Quran dan merupakan antara 10 tanda kiamat. Dalam Surah Ad-Dukhan ada menyebut mengenai jerebu dalam ayat 10 yang bermaksud :
Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang
jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat), (10)
Tetapi aku sebenarnya lebih tertarik dengan ayat 9 yang bermaksud :
(Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka
masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara agama.(9)
Kenapa pula ayat tersebut menarik minat aku? Kerana ayat tersebut paling dekat dengan suasana di negara kita sekarang. Kita (Mereka) tak percaya terhadap kebenaran yang terang lagi nyata tapi terus-terusan mempercayai yang batil walau tiada bukti kerana kita (mereka) memilih untuk percaya apa yang kita nak dengar. Sehingga ada pemimpin mereka dengan mudahnya mengisytiharkan jihad sesuai dengan ayat "sambil bermain-main dengan agama". Sungguh tepat firman Allah sebab itu ianya menarik perhatian saya. Suratan atau Kebetulan. Wallahualam.
Walauapapun Allah lebih mengetahui. Tapi sebelum saya menamatkan entry kali ini saya nak kongsi secara ringkas berkenaan cara melakukan Solat Istisqa' iaitu solat memohon hujan.
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Istisqa’
صَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِسْقَاءِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat ististiqa’ 2 rakaat kerana Allah Taala.
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Takbir Tujuh kali dan diselangi membaca zikir seperti سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ “Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar”
5) Membaca surah al-Fatihah
6) Membaca Surah al-Qur’an
7) Rukuk
8) Iktidal
9) Sujud
10) Duduk antara dua sujud
11) Sujud kali kedua
12) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Takbir Lima kali dan diselangi membaca zikir seperti سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ “Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar”
2) Membaca surah al-Fatihah
3) Membaca Surah al-Qur’an
4) Rukuk
5) Iktidal
6) Sujud
7) Duduk antara dua sujud
8) Sujud kali kedua
9) Duduk untuk tahiyyat akhir
10) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Wallahualam...

0 comments:
Post a Comment