Oh! Mahasiswa.

on Monday, June 24, 2013
Assalamualaikum...
Lama dah tak mencoret sesuatu di sini. Tiba-tiba terlintas sesuatu di fikiran yang buat aku teringin mengukir kata di sini. Sekadar untuk renungan generasi kini.
Pernah suatu ketika, aku masih fresh graduate pada waktu itu. Aku duduk bersembang di sebuah gerai makan dengan seorang pak cik dalam lingkungan 45-50 tahun. Dari gayanya mungkin dari golongan profesional. Aku tak kenal dia tapi dia cukup mesra.
Dia bertanyakan kepada aku di mana aku belajar. Dia agak bingung kerana universiti yang aku maklumkan tidak dia kenali.
Katanya dalam nada sindir "Kerajaan kita terlalu bagus, nak bagi semua orang belajar terutama anak melayu. Universiti inilah, itulah. Belum kira kolej dan poli lagi"
Aku sedikit terasa. Apa maksud pakcik ni sebenarnya?
"Bila dah ada banyak sangat universiti ni, semua orang boleh belajar, itu yang mahasiswa yang ada sekarang lebih banyak sampah dari orang" katanya lagi.
Aku macam....wah kurang ajar betul mulut pakcik ni sebab aku pon produk universiti masa kini tapi aku biar je...malas nak kurang ajar balik dengan orang tua.
Tapi dia terangkan balik apa maksud kata-kata dia sebenar bila nampak aku macam tak selesa. Dia suruh aku lihat graduan sekarang berapa ramai yang ada sense of survival dan berapa ramai yang datang ke universiti atau kolej untuk belajar. Adakah mereka dah forsee masa depan mereka dan bersedia untuk berdepan dengan masa depan tersebut. Apa yang mereka harap segalanya disuap ke mulut.
Aku bersetuju dengan apa yang pakcik tu cakap sebab aku di universiti dulu pon banyak main dari belajar tapi mujur aku sempat tersedar sebelum tamat belajar.
Hari ini bila aku lihat ke sekeliling aku melihat graduan sekarang terutama yang sedang belajar. Aku bersetuju dengan pakcik tu. Mahasiswa sekarang lebih banyak sampah dari orang.
Ada seorang teman yang kini berpangkat pengurus di syarikat swasta mengeluh bila menerima pekerja baru. Masa interview hebat, kita akan ternganga bila dia bercakap tapi bila kerja... dah orang bodoh langsung tak boleh buat kerja.
Lihatlah sekarang...
Konon menegakkan keadilan tapi kabur di mana kezalimannya.
Bersorak menentang penindasan tetapi tak tahu dimana pemberatnya.
Apa yang kamu belajar hanyalah falsafah atau teori yang hakikat dan realitinya belum tentu pasti. Jangan relakan diri menjadi alat mereka yang berkepentingan kerana jika ya......mereka yang cerdik kamu yang bodoh.
Wahai generasiku...bertindaklah mengikut akal yang waras bukan emosi menggila. Al-Quran dan As-Sunnah ada untuk kamu jadikan panduan. Bekalan dari Pemimpin Agung kita.
Wassalam....

0 comments:

Post a Comment