Aku dengar berita di radio Hot FM tadi, salah satu dari berita itu mengatakan bahawa Altimet akan mengikut cara pemasaran lagu K-pop untuk lagu-lagunya akan datang iaitu dengan menghasilkan videoclip atau MV setiap kali single nya dilancarkan. Bermaksud bila singlenya dijual, MV akan tersiar sekali di mana-mana medium sama ada TV atau Youtube.
Aku rasa itu satu tindakan yang bijak, mana yang baik kita ambil sebagai ikutan. Jangan jadi sombong seperti Bunkface. Sebenarnya banyak lagi taktik atau kaedah yang diamalkan dalam industri muzik Korea ni yang aku rasa penyebab mereka laku di pentas dunia.
1. Menjual single atau album di internet.
Ini akan menjimatkan kos menghasilkan album kerana ada yang hanya berminat untuk mendengar lagu sahaja dan tidak ambil kisah terhadap album. Ini juga dapat mengatasi masalah dua tiga lagu sahaja yang sedap dalam album yang mengecewakan peminat dan penyebab mereka tidak membeli album. Kaedah ini sebenarnya bagi menilai tahap kegilaan peminat terhadap setiap lagu yang dipasarkan dan mengatasi masalah syok sendiri (macam orang tu). Bila mereka tahu lagu mana yang hit barulah boleh mereka albumkan.
2. Keunikan kaedah pembungkusan
Apabila mereka pasti lagu apa yang perlu diisi, mereka perlukan kaedah untuk pastikan album mereka boleh dijual. Sebelum itu pastikan album yang akan dihasilkan tidak lambat sehingga lagu-lagu tesebut "sejuk". Jadi bagi memastikan album tersebut terjual, mereka perlu pastikan kaedah pembungkusan album tersebut unik. Untuk pengetahuan semua, anda tak akan nampak lagi dalam industri muzik mereka menjual album dengan sekeping CD dalam bekas biasa dan sekeping gambar sebagai pembalut. Perhatikan gambar-gambar di bawah, anda akan faham apa yang aku maksudkan.
Pembungkusannya kelihatan sangat eksklusif dan eksklusif adalah apa yang peminat mahukan. Kalau hanya sekadar untuk mendengar lagu mereka boleh download di internet.

Bagilah peminat sedikit hadiah kerana mendapatkan album original. Seperti poster bertandatangan, kad dan foto album.
Pihak penerbitan juga boleh menambah hadiah-hadiah edisi terhad seperti beg SNSD ni. Seperti aku cakap tadi eksklusif adalah apa yang pemnat kejar.
Cover atau sarung CD yang cantik juga pasti dapat menarik minat para peminat muzik untuk mendapatkan yang original sebagai koleksi peribadi
Kerana ianya adalah satu pembohongan bagi memujuk hati. Apa yang cuba aku sampaikan adalah apabila ada di antara penyanyi kita yang memiliki suara yang hebat tapi kurang dari segi rupa paras atau penampilan tidak mampu survive dalam dunia hiburan tempatan. Bagi aku dunia hiburan terutama pentas nyanyian adalah dunia fantasi. Manusia hanya nak tengok yang cantik dan kacak. Mungkin kata-kata aku ni agak kasar tapi itulah hakikatnya. Sebagai bukti kita boleh tanya ke mana hilangnya Bob AF, memiliki suara yang hebat tapi berbadan besar. Lagunya rancak berkumandang di corong radio tapi albumnya gagal dijual. Begitu juga Adibah Nor. Akhirnya ke bidang pengacaraan. Belum lagi aku cerita pasal Dina yang kini selesa bergelar DJ radio.
Dunia nyanyian adalah dunia yang kejam. Dan peminat juga sebenarnya kejam. Setakat memiliki suara tidak mampu membawa anda ke mana-mana. Tapi untuk menyalahkan peminat adalah suatu kesilapan kerana itu hak mereka untuk membelanjakan wang mereka ke mana.
Bila ada yang mengatakan artis K-pop hanya berada di pentas hiburan berdasarkan rupa paras semata maka itu adalah satu pembohongan yang amat dahsyat. Mungkin benar ada yang tidak mampu menyanyi dengan baik tapi itu hanya segelintir sahaja. Majoriti dari mereka mampu menyanyi secara langsung dengan baik.
Kesimpulan
Empat ulasan berikut termasuk kaedah yang ingin Altimet gunakan adalah faktor yang aku fikirkan kenapa industri muzik mereka boleh berkembang pesat. Jika ada lagi faktor lain akan aku letakkan dalam post aku yang akan datang.















