Sudah menjadi kegemaran aku untuk memakai baju ber'hoot' tak kira apa jenis baju pun.Mari aku mulakan cerita aku...
Hari Jumaat (10 Jan) aku ke Kuching atas tuntutan kerja bersama dua pegawai atasan dan seorang rakan sejawat. Salah seorang pegawai atasan ini biarlah aku namakan sebagai A (lelaki, 35).
Jadi aku ke sana membawa sweater hijau sebagai teman aku ketika sejuk dan semasa berjalan di kota Kuching nanti. Tapi si A perli aku dan beranggapan aku giler K-pop. Sepanjang aku di sana usikan demi usikan aku abaikan. Apa aku mampu buat, dia pegawai atasan dan baju yang aku bawa pula tak banyak. Hanya sehingga Isnin, biarkanlah.
Sewaktu di sana, ada dinner dan lunch dengan bos bahagian di sana. Seperti amalan biasa aku berpakaian casual smart supaya tidak pelik di matanya. Atas kefahaman sendiri tak perlu ditegur oleh sesiapa pun. Dan aku tak pakai pun sweater hijau tu. Malah bos tu pun tak tahu aku ada sweater tu.
Apabila aku memulakan kerja hari ini (15 Jan), aku dipanggil oleh bos aku (petang selepas aku selesai mesyuarat di Kajang). Dia bertanyakan kepada aku, kenapa aku berjumpa dengan bos sana dengan memakai sweater hijau tersebut. Aku tak tahu hujung pangkal tiba-tiba ditanya oleh bos aku dan aku agak terperanjat. Senior aku ada di bilik tu pada waktu si A menyampaikan pada bos mendengar segalanya.
Dia cakap aku cuba pakai baju tu masa dinner dan lunch tu. Tapi dia arahkan aku tukar. Aku tak tahu apa yang dia dapat hasil fitnah tersebut. Status aku bukannya menggugat kedudukan dia. Kenapa perlu ditaburkan fitnah sebegitu.
Sehinggakan aku minat K-pop pun disampaikan kepada bos. Mana taknya kalau tiba-tiba bos tanya pada aku kenapa aku minat K-pop. Nak je aku jawab "kenapa puan minat Rock? Apa jawapan puan itulah jawapan saya terhadap soalan bodoh tu."
Aku tak perlu orang lain bagitahu apa jenis muzik yang aku patut dengar dan apa jenis pakaian yang aku patut pakai sebab aku tak ganggu hidup orang lain. Dan baju tu aku beli tak pakai duit korang. Even kalau k-pop tak feymes kan pakaian ber'hoot' tu, aku tetap pakai sebab aku suka pakaian jenis tu.
Aku terasa teraniaya dengan fitnah-fitnah dia kerana ini bukan pertama kali. Sebelum ni aku dah pernah kena. Aku mendoakan agar Allh swt akan memberi balasan yang sewajarnya ke atas si A yang suka mengadu kepada bos dan menabur fitnah.
*Kenapa manusia suka bersifat inscure terhadap perkara yang tak mengganggu hidup mereka. *Kenapa fitnah gemar menjadi senjata mereka yang iri hati.
*Siapa mereka yang konon hebat dalam meletak standard dalam sesuatu perihal.
*Kenapa mereka boleh tapi aku tak boleh.

0 comments:
Post a Comment