P1 WIMAX 2

on Friday, January 3, 2014
Assalamualaikum,

Ingat lagi tak post aku berkenaan P1 lepas.

Selepas permasalahan pengguna-pengguna P1 yang teraniaya didengari media dan disiarkan dalam Utusan (sini) dan Sinar Harian (sini) pada 1 Jan 2014 lepas, nampaknya sistem e-Bill P1 buat gila seolah-olah nak "balas dendam" dengan jumlah tunggakan bil yang "mencanak" naik dan tak masuk akal.

Video Press Conference PPIM (sini)

Anda boleh tengok gamabar di bawah yang dikongsi ahli-ahli group P1 Wimax Sucks








Nampaknya sistem e-billing P1 ni macam nak sabotaj tuannya. 

Sesiapa yang nak tutup akaun di area KL boleh buat di Low Yat Tingkat 4 bukan tingkat 2. Jangan lupa bawak modem skali. Kalau korang tamatkan servis tapi x pulangkan modem bil anda akan berjalan sampai kiamat.

**update


Dinasihati pemilik-pemilik akaun yang menerima bil yang tidak munasabah untuk membuat laporan polis kerana dikhuatiri ini cara mereka untuk "membalas dendam".


*sumber gambar dari group P1 Wimax Sucks

2 comments:

Unknown said...

Terima kasih kerana mengetengahkan isu itu. Seperti yang dinyatakan di laman Facebook syarikat kami - P1 Buddy (http://bit.ly/billglitch) pada 3hb Jan, 2014, kami telah sedari telah terdapat satu gangguan kepada sistem bil kami dan telah menyebabkan ralat/ketidaktepatan dalam penyata online yang diterima oleh pelanggan-pelanggan kami.

Impak gangguan hanyalah terhad kepada pelanggan yang mempunyai kitaran bil yang jatuh pada 28hb setiap bulan sahaja. Penyata online yang telah diperbetulkan telah diedarkan kepada semua pelanggan yang terjejas pada 3hb Jan, 2014 dengan penyata yang tepat.

Bagi pelanggan yang masih mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penyata bil mereka selepas pembetulan tersebut telah dihantar, sila rekodkan aduan anda sebagai "Non Technical" melalui borang aduan web kami di http://goo.gl/rmGW2 dan pilih "Billing" sebagai "Enquiry Type".

Kami mohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku. Sekian terima kasih.

theGardener said...

Terima kasih atas penjelasan tersebut sekaligus menjawab bekenaan isu ini. Rasanya semua sudah jelas. Harap tiada masalah lain yang timbul.

Post a Comment