Assalamualaikum...
Dalam beberapa jam lagi tirai 2012 akan berlabuh dan 2013 akan memulakan aksinya. Perjalanan kita dipentas dunia akan bersambung lagi sehingga ke hujungnya yang hanya Dia tahu bila waktunya. Apa yang para pembaca dah capai sehingga saat terakhir 2012 ini? Aku harap semua dah capai apa yang dikehendaki.
Bagi aku, aku puas dengan apa yang telah aku perolehi berkat usaha dan doa kedua ibubapa aku serta keizinan dari-Nya untuk aku berjaya menggenggam apa yang aku perolehi tahun ni...
Tahun ni aku berjaya..
1. Memperolehi kerja tetap setelah sekian lama memegang kontrak (jawatan).
2. Memilik sebuah kereta yang lebih selesa. Kereta pertama dah diperturunkan kepada adik. :-)
Nampak macam biasa je kan? Tapi sebenarnya ia cukup bermakna bagi aku. Memperoleh kerja tetap membolehkan aku memiliki apa yang hanya mampu dibayangkan sahaja sebelum ini. Ini yang membuatkan aku puas. Aku tidak mahu tamak. Satu impian yang tercapai untuk satu tahun lebih baik daripada beribu impian yang tidak satu pun tertunai.
Apa yang tinggal untuk aku tunaikan pada 2013? Rumah...?
Mungkin rumah...tapi ianya agak besar sedikit memandangkan aku baru sahaja memulakan karier dan kewangan aku masih belum stabil. Tapi aku akan cuba.... mungkin dari sekarang aku kena mula menabung insyaAllah 2014 aku sudah mampu memilikinya. Dan...
Seterusnya mencari Suri untuk memenuhi ruang hati yang masih kosong. Haha...
Okla, Let's hope that 2013 will give us something bigger than 2012 and more peaceful world.
Sampai berjumpa lagi di tahun depan. Wassalam...
Judgement Day
Assalamualaikum...
Kecoh tahun ni orang membicarakan soal Hari Kiamat yang mengikut ramalan kaum Mayan akan berakhir pada 21 Dis 2012. Tapi sampai sekarang dunia masih wujud... Walaupun Allah tidak memberitahu kita bila waktu tibanya Kiamat tapi Dia telah memberitahu kita tanda-tanda kiamat.
Kita sibuk membicarakan soal Kiamat tapi adakah kita bersedia berdepan Hari Pembalasan tersebut. Hari ini aku terbaca sebuah artikel berkenaan Hari Pembalasan. Ianya agak panjang sikit tapi bagi aku berbaloi untuk dikongsi bersama semua. Selamat Membaca.
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Farid Kamil berdepan penjara 2 tahun.
Assalamualaikum...
Ingat tak berkenaan post aku sebelum ini berkenaan Farid Kamil dan majlis persandingan gilang gemilangnya. Semalam (9 Dis 2012) aku terbaca di dalam akhbar Kosmo di ruangan hiburan berkenaan isu ini. Di bawah adakah petikan artikel yang ditulis oleh wartawan hiburan KOSMO dengan nama penanya Diva.
"TAK habis-habis cerita pasal pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle. Pasangan yang berkahwin pada 3 November lalu itu membuatkan ramai pembaca Diva mengangkat kening selepas Diana membocorkan rahsia di laman Instagram bahawa dia hamil dua minggu hanya selepas 16 hari berkongsi katil. Diva tak tau nak kata apa, bersangka baik sahaja. Ini pula kisah terbaharu yang Diva dapat sumber terdekat.
Dengarnya, orang tentera sedang mempertimbangkan untuk mengheret Farid ke mahkamah atas kesalahan kerana memakai pakaian tentera. Kali ini bukan sahaja Diana yang pening, Farid pun boleh jadi loya.
Kata sumber Diva, Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera. Diva pun pucat bila dapat tahu mereka nak heret Farid atas Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki barang-barang tentera.
Sumber Diva bagi tahu, abang askar naik angin sebab Kamil pakai pangkat Mejar Jeneral. Dua paku satu mahkota, itu belum cerita pin payung terjun yang tersisip di dada sasa Farid Kamil.
Itulah Farid Kamil, awak jangan ingat pakaian seragam itu boleh ikut selera, drama Gerak Khas dapat izin khas tau."
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1209&pub=kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2EfVi2JhH
Aku baca juga respon-respon yang ditulis oleh pembaca yang mengutuk tindakan Farid Kamil tak kurang juga yang menyokongnya dan mengatakan peraturan-peraturan ini adalah mengarut.
Suka aku jelaskan bahawa tindakan Farid Kamil ini memang salah disisi undang-undang dan kesan dari tindakan itu adalah besar juga. Kalau para pembaca ingat lagi kisah dua orang lelaki yang menyamar sebagai tentera menceroboh masuk Markas 10 Briged Para, Kem Terendak kira-kira pukul 2.45 petang, 23 Jun 2012 lalu.
Ketagihan dia menyarung seragam tentera bermula hanya kerana ingin meraikan Majlis Perkahwinan ala tentera bersama pasangannya. Apa niatnya untuk menceroboh masuk kem tentera tersebut tidak dapat dikenalpasti. Mungkin diupah oleh musuh negara? Siapa yang tahu. Wallahuaalam.
Berbalik kepada cerita Farid Kamil ni pula. Orang awam akan melihat pakaian tentera / polis boleh dipakai sesiapa sahaja sekiranya ingin melangsungkan perkahwinan ala tentera ini apabila melihat dia boleh melakukannya tanpa dipersoalkan. Menggunakan gambar perkahwinan tersebut bolehlah dia (orang awam yang berniat jahat) menjaja cerita bahawa dia merupakan pegawai tentera berdasarkan gambar perkahwinan tersebut. Penipuan dia akan lebih meyakinkan. Secara tak langsung imej tentera / polis terjejas dek jenayah yang dilakukan.
Kalau dia nak buat juga, sarung pakaian rekaan macam tentera tapi bukan rekaan yang telah diwartakan oleh undang-undang. Agak-agak penerangan ringkas mengenai kesan pemakaian seragam tentera / polis ini dapat difahami oleh manusia yang menganggap undang-undang ini mengarut.
Senda : Ingat senang ke nak dapat wing yang tersemat di dada Farid tu. Kena buat terjunan banyak kali baru boleh lulus. :-)
Siapa Dia Untuk Mengikut Adat Istiadat Polis/Tentera
Assalamulaikum,
Aku sebenarnya dah lama tidak mengikut perkembangan dunia seni Malaysia ni. Jadi aku tidak berapa tahu apa yang berlaku. Tetapi aku terbaca sebuah blog berkenaan upacara persandingan Farid Kamil yang "gilang-gemilang". Kenapa dengan upacara itu?
Apa yang nak aku sampaikan kali ini adalah perihal Farid Kamil dan pasangannya yang mengadakan upacara perkahwinannya menggunakan adat istiadat Polis/Tentera. Setahu aku dia baru nak join Polis Sukarela, training pun belum lagi.
Istiadat itu dinamakan Sword Bearer yang sememangnya pegawai tentera dan polis maklum dengan istiadat ni. Tapi apa kedudukan dia untuk melakukan istiadat berkenaan. Apa yang lebih memeningkan Sword Bearer dilakukan oleh Polis tetapi Farid memakai pakaian Pegawai Tentera. Dia dah join tentera ke?
Walaupun dia mungkin mendapat greenlight dari Polis/Tentera tetapi hak exclusive upacara ini adalah untuk para pegawai tentera/polis dan tidak wajar dipandang remeh oleh pihak pengurusan. Kalau aku sebagai pegawai polis/tentera pastinya aku tak rela hak ini diberi sewenang-wenangnya pada yang tidak berkenaan. Training macam nak mati tapi dia senang je dapat sarung pakaian pegawai.
Boleh rujuk blog ini untuk maklumat lanjut.

Niat Untuk Membantu Tapi...
Assalamualaikum...
Apa khabar agaknya ruang maya hari ini? Sihat-sihat hendaknya. Tak tahulah ada atau tidak pembaca di ruang aku bersantai ini. Tapi takpela asalkan aku dapat mencoret apa yang tersemat di ruang minda aku ini itu sudah memadai.
Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini rezeki aku agak mewah. Di saat teman-teman sejawat mencari-cari lebihan simpanan untuk dibelanjakan, aku masih bebas berbelanja. Maklumlah, bulan November lalu gaji awal dan Disember yang bakal tiba terasa terlalu jauh. Mungkin ini kerana sedikit sumbangan yang aku berikan untuk teman-teman di Palestin. Sesungguhnya tuhan itu Maha Kaya, sedikit yang engkau bagi segunung yang Dia pulangkan. Jangan terlalu berkira dalam memberi sumbangan. Teman-teman lain dan menyumbang? Rujuk cara menyumbang di sini
Dan apa yang aku nak ceritakan di sini adalah berkenaan memberi pinjaman. Mungkin gaya aku yang tidak kelihatan 'sesak' dalam merentas November mencari Disember, ada teman sejawat yang dapat menghidu simpanan yang aku ada seperti semut yang sentiasa peka di mana duduknya gula. Dia meminta aku meminjamkannya sedikit duit untuknya. Aku teragak-agak untuk meminjamkannya kepada dia. Bukan kerana kedekut tapi kerana aku tahu kehidupan sosialnya walaupun dia sudah berkeluarga.
Tapi dek kerana kasihankan dia, aku hulurkan juga tapi aku letakkan syarat iaitu dia tidak menggunakannya untuk benda-benda 'pelik' dan bayar pada masa yang ditetapkan. Aku pegang janji yang dia bagi kepada aku. Tapi dia guna duit tu untuk ...
Walaupun aku sudah menjangkakannya tapi aku tetap kecewa. Niat aku untuk membantunya telah disalahgunakan olehnya. Bukan aku menfitnah tapi kalau dah ke pejabat dengan bau "harimau", bukan ke itu sudah terang lagi bersuluh? Aku jadi geram. Kenapa manusia terlalu mudah lupa? Jadi, adakah bantuan yang aku hulurkan adalah untuk membantu dia melakukan maksiat. Mungkin ada yang membaca boleh terangkan sedikit kepada aku adakah aku berdosa?
Semoga Tuhan dapat mengubah dirinya dan terangkanlah hatinya. Amin.
Maafkan Aku
Sudah lama rasanya tidak aku coretkan akal minda dan pendapat di ruangan ini. Sesekali menjengah ku lihat kosong sahaja. Tertanya-tanya juga ada ke pelawat di medan aku menulis ini. Ada ke yang membaca? Kalau ada rajin-rajinlah berkongsi pendapat agar aku tidak jumud dalam melakar kata minda aku di sini.
Dalam aku bersiar-siar di laman mukabuka tadi terbaca status seorang student aku...
"Ehh ! Kalau hujan , habislah plan aku esok . Hmm , jangan lah hujan esok Ya Allah . Aku nak bergembiraa esok dengan kawan kawan aku . Aduhh ! Hmm sedih lahh mcm nieee.."
Terlintas di benak fikiran aku, seronoknya duduk di Malaysia ni. Anak-anak kita berdoa agar tak hujan supaya dapat keluar bergembira dengan teman-teman. Anak-anak di Palestin berdoakan agar tidak dihujani peluru berpandu dan arteliri agar dapat menjalani hidup yang tenang dikeesokan hari.
Bersyukurlah wahai rakyat Malaysia dengan keamanan yang kita kecapi. Jangan terlalu sombong, jangan mudah lupa diri kerana ianya boleh ditarik dalam sekelip mata. Dari mendoakan keburukan atas manusia sebangsa dan seagama lebih baik kita mendoakan rakan-rakan di Paletine agar mereka terus cekal berjuang.
Apa yang mampu kita lakukan di sini. The least that we could do is praying.
Doa binsakan tentera yahudi laknatullah..
اَللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُودِ
Atau kalau anda dilimpahkan sedikit rezeki tiada salahnya berkonsi sedikit untuk mereka yang memerlukan. Paling senang melalui NGO Aman Palestin.
Taip PALESTIN<jarak>nilai derma(rm10/5/3/1)
dan hantar ke 39111 (Aman Palestin).
Atau anda boleh juga memboikot produk-produk Israel. Tak banyak produk Israel yang ada di Malaysia tapi yang berkaitan adalah McDonald. Sesungguhnya rezeki Allah ada di mana-mana sahaja.
Maaf saudaraku, ini sahaja yang mampu aku lakukan untukmu. Aku tidak mampu mengangkat senjata berjuang bersama-samamu. Akan aku iringkan doaku agar Allah sentiasa bersamamu. Maafkan aku.

Bughah
Sedang aku membelek-belek akhbar Berita Harian (15 Mei 2012); yang menjadi rutin aku setiap pagi kini, mataku tertarik terhadap satu isu yang dibangkitkan di ruangan Agama akhbar yang ditulis oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. BUGHAH. Tajuk yang cukup menarik. Terasa ingin aku kongsikan bersama teman-teman di ruangan ini.
KONSEP BUGHAH DALAM ISLAM
Pengertian bughah
Bughah
mengikut istilah syara` adalah “ segolongan umat Islam yang melawan dan
menderhaka terhadap Ulil Amri (imam) iaitu pemerintah atau kerajaan
yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.’ (Kifayah
al-Akhyar, jild 2 hal 122)
Bughah
mengikut istilah ilmu tata negara adalah “perbuatan sekumpulan dan
segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan menderhaka
kepada ulil amri yang dinamakan jarimah siyasah( iaitu suatu kesalahan
dalam politik)”.( Qanun Jinayah Syariyyah, hal 129)
Bughah Menurut al-Quran dan Sunnah
Bughah dalam pandangan Islam disebut dalam firman Allah yang bermaksud; “Dan
sekiranya dua kumpulan orang beriman saling berperang maka damaikanlah
antara kedua-duanya, jika salah satu kumpulan telah menceroboh ke atas
kumpulan yang lain maka perangilah kumpulan yang menceroboh itu sehingga
ia kembali kepada Allah (dengan meninggalkan perbuatan menceroboh). Jika ia telah kembali, maka damaikanlah kedua-duanya dengan
adil dan berlaku saksamalah, sesungguhnya Allah suka orang yang
melakukan kesaksamaan” (Surah Al-Hujurat : 9)
Sementara al-Sunnah terdapat beberapa penjelasan terhadap perbuatan Bughah. Antaranya adalah seperti berikut;
1. Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; Sesiapa
yang telah menghulurkan tangan dan hatinya (memberi bai`ah atau
kesetiaan) kepada seseorang pemimpin, maka hendaklah dia mentaatinya
selagi termampu. Sekiranya datang seorang lain yang cuba menentangnya
(memerangi pemimpin yang dibai`ah itu) maka pancunglah kepala
penentangnya itu”. Riwayat Muslim
2. Daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya; Sesiapa
yang melihat sesuatu perkara yang ia tidak sukai daripada ketuanya maka
hendaklah dia bersabar. Sesungguhnya sesiapa yang berpisah daripada
jamaah walaupun sejengkal lalu dia mati maka matinya adalah mati
jahiliah”. Riwayat al-Bukhari dan Muslim
3. Daripada `Awf bin Malik al-Asja`i, beliau berkata yang bermaksud: “Aku
dengar Rasulullah s.a.w. bersabda; Sebaik-baik pemimpin kamu ialah yang
kamu kasihi mereka dan mereka kasihi kamu, kamu memdoakan mereka dan
mereka mendoakan kamu. Seburuk-buruk pemimpin ialah pemimpin yang kamu
benci dan mereka bencikan kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat
kamu. Kami berkata; Wahai Rasulullah s.a.w., bolehkah kami memerangi
mereka? Baginda menjawab; Jangan selagi mereka bersembahyang bersama
kamu kecuali orang yang diperintah oleh seorang pemimpin yang melakukan
maksiat maka hendaklah dia membenci maksiat yang dilakukannya itu dan
janganlah sekali-kali kamu mencabut ketaatan”. (Riwayat Muslim dan Ahmad)
4. Daripada Huzayfah bin al-Yaman r.a. berkata yang bermaksud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Akan
ada selepasku para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak
melakukan sunnahku. Akan ada di kalangan kamu pemimpin yang hatinya
seperti hati syaitan dalam jasad manusia. Aku (Huzaifah) bertanya;
Bagaimana harus aku lakukan jika aku sempat hidup dalam suasana itu ya
Rasulullah. Jawab baginda; Kamu dengar dan taat walaupun dia menyebat
kamu dan mengambil harta kamu, hendaklah kamu dengar dan taat. (Riwayat Muslim, al-Baihaqi)
5. Daripada Ubadah bin al-Somit beliau berkata yang bermaksud; Kami
telah membaiah Rasulullah s.a.w. untuk dengar dan taat dalam keadaan
kami suka atau benci, kami senang atau susah, mengutamakan pemimpin
daripada diri kami dan untuk tidak menentang pemimpin melainkan terdapat
kekufuran yang jelas hukumnya dalam agama Allah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
6. Daripada Abu Zar bahawa Rasulullah s.a.w. berkata yang bermaksud; Wahai
Abu Zar, bagaimanakah kamu sekiranya nanti kamu berada di bawah
pemimpin yang tamak dan tidak membahagikan harta harta al-fai` ini?.
Jawab Abu Zar; Demi Allah yang mengutuskan tuan dengan kebenaran, aku
akan pikulkan pedang atas bahuku dan memeranginya sehingga aku bertemu
tuan. Baginda pun bersabda; Mahukah jika aku tunjukkan kepadamu yang
lebih baik daripada itu? Iaitu engkau bersabar sehingga engkau menemuiku.
(Riwayat Imam Ahmad, dalam sanadnya terdapat perawi bernama Khalid bin
Wahaban , Ibnu Hibban menthiqahkannya manakala Abu Hatim pula
mengatakannya majhul)
Bughah Menurut Pandangan Ulamak
1. Imam Ghazali r.h. dalam kitabnya al-Iqtisad fi al-I`tiqad
mengatakan”….persoalan-persoalan ini membangkitkan pertentangan dan
sesiapa yang dapat menghindarkan diri daripadanya lebih selamat daripada
orang yang mencampuri atau terlibat dalamnya, meskipun pendirian yang
diambilnya benar, apatah lagi jika memilih jalan yang salah…”
2.
Ibn Abi al-`Iz pula berkata,…”adapun wali al-Amri berkemungkinan ia
menyuruh supaya tidak taat kepada Allah S.W.T., ia tidak boleh ditaati
melainkan dalam lingkungan taat kepada Allah S.W.T. dan rasul-Nya.
Adapun kemestian taat kepada mereka (dalam perkara yang bukan maksiat
kepada Allah S.W.T.) walaupun mereka zalim ialah kerana tidak mentaati
mereka akan mengakibatkan kerosakan yang berganda-ganda melebihi yang
dihasilkan daripada kezaliman mereka. Bahkan sabar terhadap kezaliman
mereka mengkifaratkan dosa-dosa, menambahkan pahala. Allah S.W.T tidak
menurunkan orang zalim ke atas kita melainkan kerana kerosakan perbuatan
kita. Balasan adalah sesuai dengan amalan. Maka kita hendaklah berusaha
bersungguh-sungguh beristighfar, bertaubat dan memperbaiki amalan.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud
“Atau
setiap kali musibah menimpa kamu, sesungguhnya Ia telah menimpa kamu
musibah yang seumpamanya. Kamu bertanya, dari manakah musibah ini.
Katakanlah wahai Muhammad ia datang daripada diri kamu sendiri”. (Ali Imran:165)
Dan Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud; “Dan
demikianlah Kami menempatkan orang zalim sebagai wali kepada orang
zalim sepertinya, sebagai hasil kerja-kerja yang mereka lakukan”. (Al-An`am:129)
Apabila
rakyat mahu membebaskan diri daripada kezaliman pemerintah mereka maka
mereka hendaklah meninggalkan kezaliman yang sedang mereka lakukan”.(Syarh al-`Aqidati al-Tohawiyah, juz 2, hal. 542,)
3.
Syeikh Muhammad bin Abdullah bin Sabil berkata, “…kesabaran ke atas
kezaliman imam (pemerintah) selain daripada yang wajib dari segi syarak
adalah lebih ringan mudharatnya daripada bangun menentangnya dan
menggugurkan ketaatan daripada mereka. Ini kerana natijah terhadap
penentangan terhadap mereka membawa kerosakan yang sangat besar.
Kemungkinan bangun menentang mereka akan membawa fitnah yang
berpanjangan dan merebak kemudharatannya yang membawa pertumpahan darah,
mencabuli kehormatan, merampas harta benda dan lain-lain lagi
kemudaratan yang banyak dan musibah yang besar ke atas negara dan
rakyat”.( al-Adillatu al-Syar`iyyah fi Bayani Haqqi al-Raa`iyyah. Riyadh)
4.
Budaya `isyan bukanlah budaya Islam, menurut ahli sunnah wal jamaah
kerana ia adalah daripada sifat-sifat iblis. Jika berlaku kezaliman
daripada pemerintah, apa yang mesti dilakukan ialah menjalankan gerakan
mengislah rakyat supaya memperbaiki kerosakan yang mereka lakukan kerana
kezaliman pemerintah itu adalah diutus oleh Allah S.W.T. sebagai
balasan atas kerja-kerja jahat yang mereka lakukan. Apabila rakyat
berjalan di atas landasan yang benar dan berada dalam keadaan yang
diredhai oleh Allah S.W.T. maka Allah S.W.T. akan menarik balasannya
dengan memilih dan melantik orang yang adil menjadi pemerintah mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;
“Sesungguhnya
akan berlaku selepas zaman kamu kekecohan dan perkara-perkara yang
tidak menyenangkan kamu. Sahabat-sahabat bertanya, apakah yang patut
kami lakukan? Baginda bersabda, “kamu hendaklah menunaikan hak-hak yang
wajib ke atas kamu melaksanakannya dan memohon kepada Allah hak-hak yang
diperuntukkan kepada kamu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Al-Nawawi
berkata, “hadith ini menggesa supaya mendengar dan taat walaupun orang
yang memerintah itu zalim. Maka berilah hak ketaatan kepadanya dan
jangan menentangnya dan jangan melucutkan jawatannya, bahkan hendaklah
berdoa kepada Allah S.W.T. supaya menarik balik siksaan-Nya, berusaha
menolak kejahatan dan menjalankan usaha islah”. (Syarh al-Nawawi li Sahih al-Muslim, juz 12, hlm. 232)
5.
Sahl bin Abdullah al-Tastari berkata, “ … manusia sentiasa berada dalam
kebaikan selama mana mereka membesarkan pemerintah dan ulama`. Jika
mereka membesarkan kedua-dua institusi ini, Allah akan memperbaiki dunia
dan akhirat mereka dan jika mereka merendahkan kedua-dua institusi ini,
binasalah dunia dan akhirat mereka”. (al-Jami` li Ahkam al-Quran, juz 5
hal. 260)
Kesimpulan
Pemberontakan
atau bughah merupakan suatu perbuatan yang sangat bercanggah dengan
ajaran yang disarankan oleh Islam. Berdasarkan hadis serta pandangan
para ulama, umat Islam digesa supaya mengelakkan diri daripada perbuatan
bughah sebaliknya berusaha mewujud dan melindungi maslahat umum
daripada perbuatan yang merosakan keharmonian hidup mereka. Perbuatan
bughah dari sudut Islam adalah sama nilainya dengan kesalahan jenayah
lain malah ia lebih merbahaya kerana ia akan mengheret masyarakat kepada
kerosakan hidup secara lebih menyeluruh yang melibatkan orang lain yang
tidak bersalah.
Jangan Berbisik.
Hari ini, seorang senior mengajak aku makan
malam bersama selepas selesai tugas (lebih kurang 6.30 ptg). Aku menonton televisyen
yang disediakan sedang dia bercakap di telefon dengan isterinya. Terdengar isi perbualannya
walaupun tiada niat untuk mencuri dengar. Maklumlah makan semeja. Isterinya bertanya
dengan siapa dia makan. Dia maklumkan dengan kawan kepada isterinya. Seterusnya, aku terdengar
suara marah dia dengan nada menegur. Aku agak tidak selesa. Selepas itu dia
meletakkan telefon. Marah gayanya.
Tanpa ditanya dia memberitahu yang isterinya bertanya tentang aku. Tidak percaya padanya mungkin terlintas dibenakku. Tetapi itu bukan
sebab dia marah. Katanya, dia tidak suka berbicara tentang seseorang dihadapan
orang itu walaupun bukan perkara yang tidak baik. Katanya seolah-olah
mengumpat.
“Aku bukan apa, aku tak suka bila dia tanya
macam-macam pasal kau pada aku depan kau. Aku tak suka bisik-bisik. Nanti kau
cakap aku ngumpat kau.” antara bait-bait
ayat yang masih aku ingat.
Bila dia bercakap begitu pada aku, aku
teringatkan sesuatu .
Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
Rasulullah saw. bersabda: Apabila terdapat tiga orang, maka
janganlah dua orang (di antara mereka) berbisik-bisik tanpa menyertakan yang
lain. (Shahih Muslim No.4052)
Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Apabila kalian bertiga orang, maka
janganlah dua orang berbisik-bisik tanpa menyertakan seorang yang lain sehingga
kamu dapat bergaul dengan manusia, karena dapat membuatnya sedih. (Shahih
Muslim No.4053)
Dalam dunia moden ini, walaupun tanpa jasad individu ketiga itu dan melalui
telefon perkara ini dilihat berada dalam situasi yang sama. Mengikut sesetengah Ulama’,
apabila Rasulullah berkata ‘jangan’ bermakna jika dilakukan hukumnya haram. Maksudnya berdosa jika dilakukan. Bab
hukum aku tidak berani untuk berbicara. Mereka lebih arif. Wallahualam.
Tapi apa yang senior aku cakap ada benarnya dan pernah dibangkit
Rasulullah. Jadi, bagi aku situasi ini mengajak aku melihat dalam beberapa
prinsip.
1. Jangan
menimbulkan syak wasangka kepada orang lain. Pergaulan dengan orang lain hendaklah dengan menjaga adab, penuh kemesraan dan jauh dari prasangka.
2. Menjaga hati
dan perasaan orang lain supaya terhindar dari perbalahan dan permusuhan. Ini
menunjukkan betapa Islam menjaga hak asasi manusia iaitu sesiapapun tidak boleh
melukakan hati dan perasaan orang lain.
3. Ini juga
termasuk dalam adab majlis. Sesuatu perkara perlulah dinyatakan dengan
jelas dan terbuka. Jika ada sesuatu perkara yang sulit dan rahsia maka
hendaklah dielakkan daripada bercakap di hadapan orang lain.
Bagaimana pula sekiranya dua orang yang sedang bercakap secara sulit dari
mula lagi dan orang yang ketiga berada jauh dari mereka berdua yang memang dalam
keadaan dia tidak mendengar perbualan tersebut lalu dia datang untuk turut
mendengar?
Mungkin ini jawapannya.
Imam al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad
mengemukakan satu riwayat.
Daripada Sa’id al-Maqburi katanya: Aku lalu berdekatan dengan Ibn Umar dan bersamanya ada seorang lelaki sedang bercakap-cakap dengannya lalu aku pergi kepada mereka berdua lalu Ibn Umar menampar dadaku seraya berkata apabila kamu mendapati dua orang sedang bercakap-cakap maka janganlah kamu menyertai mereka berdua dan janganlah kamu duduk bersama mereka berdua sehinggalah diizinkan. Sayapun berkata: “Semoga Allah mengelokkan keadaan tuan, wahai Abu ‘Abdul Rahman, saya hanya berharap dapat mendengar perkara baik dari kamu berdua.”

Riwayat ini juga menunjukkan bahawa seseorang itu hendaklah mengelakkan
diri dari urusan orang lain dengan cara mencelah di antara dua orang yang
berbincang secara sulit meskipun dia berniat baik. Jadi, secara adabnya
mintalah izin terlebih duhulu untuk menyertai satu-satu perbualan. Bak kata orang tua-tua “Jangan
menyampuk”.
Jom kita fikirkan dan nilaikan. Jumpa lagi. Assalamualaikum.
Bertemu Kembali...
Assalamualaikum,
Apa khabar agaknya dunia maya ini? Sudah lama aku menjauh dari medan ini. Rindu kembali terukir. Keinginan menulis kembali menguntum.Bukan menyepi atau tiada isu tetapi tidak berkesempatan. Bolehlah dianggap aku ‘bertapa’
mencari ilmu. Setahun aku berada ditempat yang boleh aku katakan seolah-olah
dibawah ‘gelas’. Aku nampak dunia luar tapi aku tak mampu ke sana. Pertama kali aku memandang Menara Kuala Lumpur. Kagum aku
melihat KLCC. Segala akses terputus. Ianya larangan juga peraturan. Setelah keluar dari bawah 'gelas' kini aku
berada di atas tempat yang agak ‘tinggi’. Memerhati tabiat dan ragam manusia. Menilai
waras perilaku mereka. Menyanggah setiap salahlaku. Pasti pembaca berfikir
apakah profession aku yang sebenarnya. Biar ia menjadi rahsia aku dan yang
mengenali aku. Bukan tidak mahu berkongsi tapi ia pasti lebih selesa begini.
Semoga aku dapat sentiasa berada di sini. Mengukir kata minda, berkongsi perjalanan dunia dan saling menasihati agak tidak tersesat 'di sana'. InsyaAllah.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)