Apa khabar agaknya ruang maya hari ini? Sihat-sihat hendaknya. Tak tahulah ada atau tidak pembaca di ruang aku bersantai ini. Tapi takpela asalkan aku dapat mencoret apa yang tersemat di ruang minda aku ini itu sudah memadai.
Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini rezeki aku agak mewah. Di saat teman-teman sejawat mencari-cari lebihan simpanan untuk dibelanjakan, aku masih bebas berbelanja. Maklumlah, bulan November lalu gaji awal dan Disember yang bakal tiba terasa terlalu jauh. Mungkin ini kerana sedikit sumbangan yang aku berikan untuk teman-teman di Palestin. Sesungguhnya tuhan itu Maha Kaya, sedikit yang engkau bagi segunung yang Dia pulangkan. Jangan terlalu berkira dalam memberi sumbangan. Teman-teman lain dan menyumbang? Rujuk cara menyumbang di sini
Dan apa yang aku nak ceritakan di sini adalah berkenaan memberi pinjaman. Mungkin gaya aku yang tidak kelihatan 'sesak' dalam merentas November mencari Disember, ada teman sejawat yang dapat menghidu simpanan yang aku ada seperti semut yang sentiasa peka di mana duduknya gula. Dia meminta aku meminjamkannya sedikit duit untuknya. Aku teragak-agak untuk meminjamkannya kepada dia. Bukan kerana kedekut tapi kerana aku tahu kehidupan sosialnya walaupun dia sudah berkeluarga.
Tapi dek kerana kasihankan dia, aku hulurkan juga tapi aku letakkan syarat iaitu dia tidak menggunakannya untuk benda-benda 'pelik' dan bayar pada masa yang ditetapkan. Aku pegang janji yang dia bagi kepada aku. Tapi dia guna duit tu untuk ...
Walaupun aku sudah menjangkakannya tapi aku tetap kecewa. Niat aku untuk membantunya telah disalahgunakan olehnya. Bukan aku menfitnah tapi kalau dah ke pejabat dengan bau "harimau", bukan ke itu sudah terang lagi bersuluh? Aku jadi geram. Kenapa manusia terlalu mudah lupa? Jadi, adakah bantuan yang aku hulurkan adalah untuk membantu dia melakukan maksiat. Mungkin ada yang membaca boleh terangkan sedikit kepada aku adakah aku berdosa?
Semoga Tuhan dapat mengubah dirinya dan terangkanlah hatinya. Amin.



0 comments:
Post a Comment