Farid Kamil berdepan penjara 2 tahun.

on Tuesday, December 11, 2012
Assalamualaikum...

Ingat tak berkenaan post aku sebelum ini berkenaan Farid Kamil dan majlis persandingan gilang gemilangnya. Semalam (9 Dis 2012) aku terbaca di dalam akhbar Kosmo di ruangan hiburan berkenaan isu ini. Di bawah adakah petikan artikel yang ditulis oleh wartawan hiburan KOSMO dengan nama penanya Diva.


"TAK habis-habis cerita pasal pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle. Pasangan yang berkahwin pada 3 November lalu itu membuatkan ramai pembaca Diva mengangkat kening selepas Diana membocorkan rahsia di laman Instagram bahawa dia hamil dua minggu hanya selepas 16 hari berkongsi katil. Diva tak tau nak kata apa, bersangka baik sahaja. Ini pula kisah terbaharu yang Diva dapat sumber terdekat.
Dengarnya, orang tentera sedang mempertimbangkan untuk mengheret Farid ke mahkamah atas kesalahan kerana memakai pakaian tentera. Kali ini bukan sahaja Diana yang pening, Farid pun boleh jadi loya.
Kata sumber Diva, Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera. Diva pun pucat bila dapat tahu mereka nak heret Farid atas Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki barang-barang tentera.
Sumber Diva bagi tahu, abang askar naik angin sebab Kamil pakai pangkat Mejar Jeneral. Dua paku satu mahkota, itu belum cerita pin payung terjun yang tersisip di dada sasa Farid Kamil.
Itulah Farid Kamil, awak jangan ingat pakaian seragam itu boleh ikut selera, drama Gerak Khas dapat izin khas tau."
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1209&pub=kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2EfVi2JhH 

Aku baca juga respon-respon yang ditulis oleh pembaca yang mengutuk tindakan Farid Kamil tak kurang juga yang menyokongnya dan mengatakan peraturan-peraturan ini adalah mengarut.

Suka aku jelaskan bahawa tindakan Farid Kamil ini memang salah disisi undang-undang dan kesan dari tindakan itu adalah besar juga. Kalau para pembaca ingat lagi kisah dua orang lelaki yang menyamar sebagai tentera menceroboh masuk Markas 10 Briged Para, Kem Terendak kira-kira pukul 2.45 petang, 23 Jun 2012 lalu. 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20120705/je_03/Dua-lelaki-didakwa-menyamar-tentera#ixzz2EfX51E6K 

Ketagihan dia menyarung seragam tentera bermula hanya kerana ingin meraikan Majlis Perkahwinan ala tentera bersama pasangannya. Apa niatnya untuk menceroboh masuk kem tentera tersebut tidak dapat dikenalpasti. Mungkin diupah oleh musuh negara? Siapa yang tahu. Wallahuaalam.

Berbalik kepada cerita Farid Kamil ni pula. Orang awam akan melihat pakaian tentera / polis boleh dipakai sesiapa sahaja sekiranya ingin melangsungkan perkahwinan ala tentera ini apabila melihat dia boleh melakukannya tanpa dipersoalkan. Menggunakan gambar perkahwinan tersebut bolehlah dia (orang awam yang berniat jahat) menjaja cerita bahawa dia merupakan pegawai tentera berdasarkan gambar perkahwinan tersebut. Penipuan dia akan lebih meyakinkan. Secara tak langsung imej tentera / polis terjejas dek jenayah yang dilakukan.

Kalau dia nak buat juga, sarung pakaian rekaan macam tentera tapi bukan rekaan yang telah diwartakan oleh undang-undang. Agak-agak penerangan ringkas mengenai kesan pemakaian seragam tentera / polis ini dapat difahami oleh manusia yang menganggap undang-undang ini mengarut.

Senda : Ingat senang ke nak dapat wing yang tersemat di dada Farid tu. Kena buat terjunan banyak kali baru boleh lulus. :-)

0 comments:

Post a Comment