Selamat Tinggal 2014

on Wednesday, December 31, 2014
Tahun 2014 bakal melabuhkan tirainya. Saat ini aku kembali teringat sewaktu mula-mula 2014 mula menjengah. Seorang mak cik tukang cuci masuk ke pejabat untuk mengemas seperti hari-hari biasa. Aku menyapanya mesra dengan ucapan Selamat Tahun Baru. "Macam mana tahun baru ni mak cik?" aku memulakan bicara.

"Sama je tahun baru ke tak. Tapi tahun ni kena kedekut sikit." ujar mak cik. Aku kehairanan cuba menangkap erti ungkapannya. "Kenapa pula kedekut?"

"Ye lah, kan tahun kuda. Kedekuk...kedekuk..."

Kami sepejabat tergelak. "Waa....pandai betul makcik buat lawak ya. Makcik ada belajar fengshui ke?" usik aku. Ceritanya tak habis di situ. Dia menambah " Kalau naik kuda ni kita akan sampai cepat dekat tempat kita nak pergi tapi badan sakit-sakit la".

"Kenapa pula?" aku bertanya lagi. "Naik kuda mana duduk diam. Terlompat-lompat, sakit pinggang." Waa....makcik ni memang banyak sense of humor

Masa tu semuanya seumpama gurauan dipagi hari. Aku tak ambil pusing tapi bila 2014 hampir menemui noktah aku seumpama memahami maksud disebaliknya. Apa maksudnya? 

1. Ekonomi Malaysia yang tidak stabil dengan pelbagai cabaran dihadapi. Harga minyak terus ke puncak seumpama tiada masa menjeling ke bawah. Logik kata-kata mak cik tu supaya kita berjimat-cermat. Kena kedekut dalam berbelanja.

2. Kita hampir menemui hujung 2014. Ya, kita berjaya sampai ke hujungnya. Tapi luka dan kesakitan yang kita kumpul sepanjang tahun ini cukup pedih. Satu persatu insiden yang Allah s.w.t berikan untuk menguji keimanan kita. Dari MH370 hingga ke MH17. Ditimpakan pula dengan banjir gergasi yang melanda pantai timur terutamanya Kelantan. But, 2014 had never leave us peaceful until the very end. Dihujungnya diberitakan pula QZ8501 yang terhempas. Jadi benarlah kata-kata makcik tu kita berada dihujungnya tapi sakitnya cukup memeritkan. Izinkan aku puitiskan penjalanan kita ini.

Oh! 2014,
Engkau menjengah dengan seribu pengharapan,
Tatkala 'abang' mu pergi meninggalkan keperitan,
Saudara ku berjuang tak kunjung pulang,
Disaat api patriot marak menjulang.

Tiada ku sangka kau lebih kejam,
Melakar memori bertinta hitam,
Indah tulisannya berbahasa kelam.

Dikala Februari menyapa keras,
Kerakusan kami cuba dibalas,
Dek meratah bumi tiada belas,
Tangan sendiri mengundang apocalypse,

Air-Mu diserap kedap sang bumi,
Menghirup udara cemar sisa sang api,
Sebagai balasan haloba diri.

 Ya Allah,
Kuasa-Mu benar tiada tara,
Ujian-Mu pedih tidak terperi,
Dikala Mac mengenang memori, 
Terbang si putih hilang di udara,
Membawa bersama segala isi,
Tinggalkan saudara tanpa berita,
Yang setiap harinya berdoa sepi,
Menanti munculmu bilanya tak pasti.

Dikala hilang si putih masih terkesan,
Sang tujuh pula menjadi mangsa,
Dibunuh kejam tanpa ihsan,
Oleh mereka yang tamak kuasa,
Rebutkan tanah milik Yang Esa,

Disember pula menjadi saksi,
Ujian seterusnya dari Al-Khabir,
Hadirnya air menyelimuti bumi,
Menyuci bersih segala hanyir,
Lebih sengsara dari tsunami,
Umpama dikelar, dipotongnya tidak.

Niat ujian-Mu gagal dipungut,
Malah telunjuk menuding tidak beringat,
Menyalahkan mereka yang memerah keringat,
Maka menarilah si jemari menabur gujirat,
Lidahnya kini bertulang muslihat,
Sucinya hati kini berbirat,
Maafkanlah kami,
Umat-Mu ini tidak pernah berubah.

Ku sangkakan panas sampai ke petang,
Rupanya lebat di tengahari,
Helang merah pula menghilang,
Ujian-Mu dituduh impian konspirasi,
Sedangkan ia ditelan pusar, 
Terbenam didasar,
Menemui Sang Pencipta Yang Maha Besar.

Selamat tinggal 2014, 
Pergimu diharap membaiki kekhilafan,
Mengikat penyatuan yang makin terbias,
Diletak kembali diatas landasan,
Menuju hujung berhati ikhlas.
 Menanti bertemu-Mu di Hari Pembalasan.

Ya, Allah,
Biarlah 2015 memenuhi pengharapan,
Mengukir senyuman yang kian pudar,
Berikanlah aku lebih kekuatan,
Meniti hari-Mu yang kian mencabar,
Kurniakan aku perisai keimanan,
Berdepan fitnah sang dajjal laknatullah dan askar,
Sesungguhnya Kau lebih mengetahui atas segalanya.

Dengan nama Mu Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Ku atur kaki terus melangkah.

Nukilan : thegardener


*Hak cipta terpelihara.

Journey To Korea : Day 4

on Thursday, December 25, 2014
23 Nov 2014

Hari ini kami ganti balik jadual yang sepatutnya kami buat semalam. Tanpa tour guide ktorg...sebab peristiwa pagi semalam....haha. Tapi Hanok Village tetap tak dapat pergi. Ceh !! Tak adventure langsung dia ni (Padan muka kena balik...haha). Kami ke Itaewon...nak rasa makanan Korea di sini....yang HALAL ok. Itaewon ni ramai muslim so restoran-restoran Halal dekat sini banyak...

Untuk ke Itaewon (dari Dongdaemun History & Cuture Park) kami naik subway Line 5 (Ungu) ke Cheonggu. Di Cheonggu kami tukar ke Line 6 (Coklat). Selepas 4 stesen kami turun di stesen No. 630 which is ITAEWON....

Sampai-sampai jer terus kami mencari tempat makan tengahari...dah kebulur sgt dah rasanya. Haha. Target kami nak makan makanan Korea. Bukan Pakistan...bukan India....bukan Indonesia...malah bukan Malaysia...YA...masakan Korea. Apa kes kalau datang Korea tapi makan makanan Malaysia....(riak bunyinya....huhu). Baik duk rumah je kan...mak masak lagi sedap. Berdasarkan survey yang kami buat, Murree Restaurant ada menyediakan masakan Korea yang Halal. 

Dalam duk mendaki mencari Murree Restaurant ni kami jumpa...
Bini Shuib buka restoran dekat sini ke...? Bukanla...Aku dengar pemiliknya orang Indonesia.
Akhirnya, sampailah kami di Murree Restaurant...


"Saya nak ni....!!"
Lupa nak bergambar masa makanan sampai sebab dah lapar sangat. Dah makan baru teringat. Ni dia nasi goreng kimchi dan telur dadar kimchi.


Bulgogi

Side dish...
Adik aku punya makanan xde gambar. Total makan dkt situ kena bayar 68,000 won untuk 3 orang makan + daging + telur dadar kimchi dan air....memang mahal...nak buat macam mana, nak rasa sangat masakan Korea kan.

Dah puas kami makan sampai padat perut, solat harus ditunaikan. Kebetulan masa kami sampai tu dah masuk Zohor. Boleh la Jama' solat di Seoul Central Mosque.
Posing lepas solat...
Pemandangan dari masjid


 
             


Selesai solat kami bergerak untuk ke Namsan Tower pulak. Tapi sepanjang jalan tu ada groceries store yang halal. So kami beli apa yang patut untuk makan malam ni. Stroller Hannah dah jadi troli...haha. Berganda-ganda berat. Jadi nasihat aku, kalau plan nak beli barang makan maybe korg boleh letak Itaewon last sekali.

So, dari Itaewon kami kena turun di Station Myeongdong untuk ke Namsan Tower ni. Untuk itu, kami naik balik train No. 6 dan turun di Station Samgakji (Station No. 628). Di sini, kami tukar train Line No. 4 menuju ke Station No. 424 - Myeongdong. Kami keluar exit 3.

Dari situ kami naik teksi....(disebabkan tour guide xde...huhu). Tapi sebenarnya dekat giler dari station tu ke Namsan Cable Car. Kena 3,000 won sebab naik je teksi dia akan caj 2,500 won. Maksudnya pejalanan tu kena 500 won je. Kami ke Namsan Cable Car ni sebab nak naik ke Namsan Tower ni kena guna Cable Car atau panjat tangga.....kalau korang sanggup silakan...haha. Sebab ada orang Malaysia yang kami jumpa naik guna tangga dan diorg menyesal...haha. Turun xde hal. Actually, nak sampai ke Namsan Tower boleh naik either Cable Car atau bas tapi bas tak berhenti terus di Namsan Tower, korang still kena berjalan (mendaki) beberapa meter sebelum sampai.

Ok, back to cable car.....Nak naik kena beli tiket 8,500 won seorang untuk roundtrip (pergi-balik), jadi kena 25,500 won untuk 3 orang. Dari kaunter tiket kena naik tangga tunggu kereta kabel di tingkat 3 tapi sampai dekat tangga tingkat 2 dah berderet orang beratur....mangai....punya la panjang. Dalam sejam jugak la kami beratur ni. Hari ahad punya penangan....

Dan lepas naik cable car sampai je kat atas....biar gambar bercerita ye...hehe


 
 

I know what u guys looking at. Focus on me please....hehe.


   

 

Ktorg tak masuk Namsan Tower tu sebab masa nak beli tiket aku tengok tiket harga 28,000 won. Terkejut aku....mahal nak mampus. Haha....terus x jadi naik. Tapi rupanya nak masuk 9,000 won je. Alive museum 12,000 won. Baru 21,000 won....mcm mana aku boleh nampak 28,000 won. Tapi bila dah balik terfikir macam rugi la pulak. Alang-alang dah datang patut naik jela kan. Tapi takpe next time datang lagi....haha

Hari makin gelap walaupun baru jam 1700. Kami beransur-ansur pulang. Turun dari Namsan Tower kami tahan teksi...(yang bagus kat Korea ni, public transport mudah...cuma komunikasi susah sikit). Alang-alang dah naik teksi tu, kami mintak ajussi ni hantar terus ke guesthouse kami. Rupanya dekat je...kena 5,000 won je.

So, lepas rehat kejap "tour guide" ktorg ni ajak keluar sbb seharian dia terperuk dalam bilik. Jadi ktorg decide untuk ke Lotte Fitin je....dekat je dgn guesthouse kami. Jalan kaki pun boleh. Kami naik ke tingkat 9 sebab ada K-pop Hologram Concert. Kami beli tiket pukul 8 mlm sebab tu last concert. Untuk peminat k-pop, macam2 cenderahati artis pujaan anda ada dijual disini. Standby duit je...

Yang perform tiap-tiap malam adalah Psy, 2NE1 dan Big Bang....tapi dekat dalam hall x boleh amik gambar. So aku bagi gambar dekat luar je untuk tatapan. Tapi ada juga yang degil. Kalau korang nak tahu macam mana rupa dalam hall tu aku bagi link (sini). Ni bukan video aku sebab aku dengar cakap....haha.


Member ke-6 Big Bang.....huhu


 


Digital Music Box...boleh pilih lagu kpop yg anda suka.

Dapat amik gambar Dongdaemun Design Plaza dari atas...daebak



Mula-mula ingatkan patung rupanya orang.
Nah...aku belanja video dancers dekat Lotte Fitin ni sebelum konsert...ni video aku....haha. Kalau nak tahu macam mana konsert tu korg boleh tengok link yang aku attached kat atas.


Abis konsert...ktorg pun balik...tamatla sesi hari ni.





Journey To Korea : Day 3

on Tuesday, December 16, 2014


22 Nov 2014

Masuk hari ketiga....kami bangun lebih lambat dari biasa. Malah kami dikejutkan dengan satu bunyi dentuman umpama nangka yang jatuh....haha. Aku nak citer tp ada yang x bagi. Siap ugut nak report "Inappropriate Post". Cehh....hahaha. But it does effected the trip a bit. Some schedule perlu dirombak sedikit. But....don't worry about that. Ia masih berjalan dengan lancar.

Jam 1130
Mungkin sebab tempat yang kami nak pergi dekat je, so kitorg bangun lebih lambat dari sebelumnya. Hari ni kami nak ke Gyeongbokgung Palace. Merupakan istana yang pertama di bina pada tahun 1395 dari Dinasti Joseon which is 3 years after Joseon Dynasty was founded dan istana ni banyak digunakan untuk drama-drama sejarah Korea. Dan ianya juga merupakan istana yang terbesar di antara 5 Royal Grand Palace. Untuk ke sana, kami boleh turun di stesen Gwanghwamun atau Gyeongbokgung tapi kami pilih untuk turun di Gwanghwamun sebab tak perlu tukar Line (rujuk peta subway yang aku post sebelum ni). So, kami ambil Line 5 (ungu). 

Jam 1200
Lepas 3 stesen kami turun di Gwanghwamun. Jalan kaki lebih kurang 5-10 minit kami nampak entrance istana tu. First Impression aku...."waaa...!! besarnya..." Malas nak citer...tengokla gambar-gambar ni....haha.
 



Pintu masuk istana. Ada pengawal macam dekat Istana Buckingham. Kaku.
Masuk je dekat dalam aku lebih kagum....

Lapisan kedua Istana Gyeongbukgung (belakang). Even zaman dulu securitywise pun dah impressive.
Ok. Kalau nak masuk ke dalam istana kena bayar 3,000 won seorang. Beli tiket sebelah kanan dan pintu masuk dekat gerbang belakang aku tu.


Sekarang kita berada di dalam lapisan kedua....haha


Jom kita panjat balairong istana...balairong tu....apa istilah bahasa diorg aku tak tau la.

 
  

 Apa lagi...menjelajah la kami ke dalam istana ni...
Nasib baju second layer tu ada hood sebab time ni hujan.
 




Kenapa la gaya kaki aku sama je dalam gambar...macam orang kaki patah.
Walaupun istana ni luas, kami tak ambil masa yang lama untuk explore. Cukup mengagumkan. Macam mana orang sekarang boleh jaga istana zaman dulu sebagus ni. Ia siap di bina pada tahun 1395. Bayangkanla berapa tahun dah tu. 619 tahun beb.... They keep everything so well.

Sebenarnya ada benda yang kami nak tengok kat sini which is upacara tukar shift (nama yang aku bagi sendiri....haha) atau lebih dikenali sebagai Changing of the Royal Guard Ceremony. Acara ni berlangsung setiap hari kecuali selasa (sebab istana ni tutup hari selasa) dan 3 kali sehari iaitu pukul 10 a.m, 1 p.m dan 3 p.m. So, sempat jugakla kami merasai pengalaman ini. Tengok video dibawah ni.

Part 1

Part 2


Part 3



Part 4


Disebabkan hari hujan, kami terpaksa batalkan niat untuk ke Hanok Village. Sejuk kot nak jalan-jalan dalam suhu yang dah turun sampai 9 darjah Celcius. Nanti x pasal-pasal demam pulak. So, the day journey ended here. We went back to our guesthouse and relax. Lepas maghrib kami keluar semula tapi berjalan-jalan sekitar Dongdaemun Market. Depan guesthouse ktorg je.

Dapat juga bergambar depan Dongdaemun Design Plaza watu malam

Tak dapat ambil gambar banyak-banyak sebab kami tengok-tengok barang yang dijual. Dongdaemun Market ni macam pasar malam dekat Malaysia tapi ia dibuka setiap malam. Macam-macam ada. Yang pelik-pelik pun ada....haha.

Pastu duk kami berjalan-jalan jumpa gate yang macam A' Famosa kat Melaka. Surely Hanyang (nama lama Seoul) is really big.

 

 

Dah sudah tu kami masukla jalan-jalan dalam Lotte Fitin. Window Shopping je. Dekat dalam ni memang mahal. Hanya mampu tengok je. Haha...


Bergambar dengan Kirin dalam Lotte.

Being A Fake Angel

Dah abis jalan-jalan kami pun balik ke Guesthouse....tamat la catatan perjalanan hari ini.



*kalau macam ni lama tempoh masa aku ambil utk siap satu2 post, rasanya masuk tahun baru pun belum tentu siap. Huhu