Journey To Korea : Day 1

on Saturday, December 6, 2014
Dah seminggu aku balik dari Korea (South Korea) barulah hari ni aku berkesempatan menulis di dalam blog aku ni. Terasa seronok berada di sana seakan tidak puas. Malah rindu menusuk hati dan perasaan (perghh.....haha). Dalam Label Journey To Korea ni aku akan ceritakan pengalaman aku di sana. 

Trip ni, aku pergi dengan adik lelaki aku, adik perempuan aku bersama suami dan anak perempuannya berusia 1 tahun 4 bulan. Total semua sekali 5 orang. Kitorang naik AirAsia D7512 (Kuala Lumpur - Busan) yang dah di booking dari bulan Februari lagi. Barulah dapat murah. Total semua sekali ialah RM 2402 (4 dewasa + 1 baby). Trip Pergi balik. Bayangkan kitorang menghitung bulan macam mana....Okla, jom mulakan....

20 November 2014 (khamis)
Jam 0300...
Tu dia aih.....punya bersemangat nak pergi awal-awal aku dah bangun. Padahal pukul 1 baru dapat tidur tu. Celik mata tengok adik lelaki dan ipar aku dah bangun. Rupanya diorang lagi excited....tak tidur pun. Bersiap la kami cepat-cepat sebab dah booking teksi pukul 4. Ok, aku pecah rahsia tiket kitorang sebenarnya jam 0830. Memang giler awal kami sampai KLIA 2. Pukul 4.40 pagi dah terpacak kat situ. Sampai-sampai terus check in luggage. Pergi sarapan....sembahyang Subuh...terasa lambatnya nak naik kapal terbang ni. 

Airport Fashion dari anak buah aku yang comel. Kelass...

Jam 0830
Akhirnya.....berangkatlah kitorang ke Korea. Yahooooo...... tapi nak dijadikan cerita anak buah aku tu sebenarnya demam. Jadi suasana atas kapal terbang tu agak hectic sikit la sebab dia asyik menangis dan muntah jugak. Dia tak nak duduk. Terpaksalah mak ayah dia dukung secara berganti-ganti....haha. Selepas hampir 6 jam nampaklah bumi Korea dari langit...


Pemandangan Dari Atas. Nampak tak pulau-pulau kecil tu...?



Jam 1515 (Jam 1415 waktu Malaysia)
Alhamdulillah....kami selamat mendarat. Kami tiba awal sikit dari yang dijadualkan. Selesai urusan imigresen, bagasi dan kastam lebih kurang jam 1600. Bergegas kami berlari keluar dengan beg yang amatla berat. Nak kejar bas ke Busan Station yang akan bergerak jam 1615. Fuhh.....nasib baik sempat. Tapi nasiblah...kena berdiri. Lebih kurang 1 jam kot baru sampai Busan Station. Tambang dia 6000 won sorang (lebih kurang RM 18). Ada 2 trip, jam 1615 dan jam 1815. Tu yang kitorg kejarkan jugak...kalau x pukul 6.15 baru la ada lg.

Jam 1710
Sampailah kami di Busan Station....lenguh kaki jangan dibayangkan walaupun dihujung-hujung perjalanan tu ada seat. Dapatlah kami menjulurkan kaki sekejap. Masa ni, matahari terbenam lebih kurang jam 1715. Aku rasa macam ada ambil gambar time ni...tp bile cek xde la plak...bermimpikah aku....haha. Takpe aku bagi gambar hot adik aku merangkap tourist guide ktorg sepanjang di Korea. Kalau nak mintak dia jadi tourist guide boleh pm....huhu. Dah masuk kat dalam tu mencari la ktorg kaunter tiket ketapi KTX....ketapi laju tu...kalau naik ketapi biasa kena 5 jam perjalanan. Tak sanggup dah wei.....jauh nau rasanya. KTX kena bayar 45, 000 won sorg...tu pun sebab seat famili...ala yang ngadap2 tu....

Jam 1810
Ktorg sempat beli time ni je. Yang lain dah abis......so 3 jam perjalanan kami bermulalah di dalam train tu. Disebabkan dah malam apa yang nampak diluar tingkap.....gelap je.

Lebih kurang Jam 2100
Dalam pukul 9 kami sampai ke Seoul Station...kat sini dah xde gambar ye....sbb masing2 dah penat. Si kecik mengamuk...haha. Yela....dia kan demam. Belum sampai lagi ye. Perjalanan masih jauh.....haha. Dari sini bermulala pengembaraan kami mencari Able Guesthouse menggunakan subway....ketapi bawah tanah.


Seoul Subway Route Map


Jadi korang kena mahir baca map subway......hahaha....ok faham. Mmg pening tp once korg dah faham sebenarnya mudah je. Total semua sekali ada 10 lane termasuk la lane ke Bundang dan Incheon. Tapi sebelum tu korg kena ada T-money untuk guna subway ni... sekeping 2,500 won. Isi dalam x tahu ada berape. hehe...Tapi ktorg top-up siap2 20,000 won untuk seminggu guna. Tak cukup....? Don't worry about that... haha (hanya ktorg tahu kisah disebalik ayat tu...nanti aku citer). Mesti cukup punya sebab setiap train (lane) hanya 1,050 won sahaja.
Macam ni la rupa menda alah tu....T-money.

Lebih kurang Jam 2210
Kalau korg nak pergi sama dengan tempat yang kami pergi which is Dongdaemun's Able Guest House boleh follow route kami......ktorg amik Lane 4 (biru cair). Lepas 4 station sampailah ke Dongdaemun History & Culture Park. Cari exit no 10. Yang bestnya penjaga guesthouse tu, Mr. Hong dah tunggu kami...siap tolong angkat beg lagi. Berat tu. Aku angkat 1 pun dah terjelir tp dia angkat 2 beg...perghhh...kagum aku. Dan... guna tangga....takde escalator dekat exit ni...mmg respek la kat dia ni. Tak jauh pun guesthouse ni dari exit 10 tu...dalam 150 meter. Depan Dongdaemun Design Plaza....salah satu tempat drama My Love From The Star.

Ok...for the first time i will show my face in this blog...hanya sebab nak tunjuk Dongdaemun Design Plaza. Tp gambar time siang la sebab sampai time tu dah tak lalu nak begambar...penat yang amat.

Ni gambar time siang tp malam lg cantik...


Jam 2220
Akhirnya sampai pun Able Guesthouse tu. Jejak je kaki dalam tu...letak beg terus landing baik punyer atas katil. Jadi tamatlah journey untuk first day....nantikan sambungannya.

Tunggu....



0 comments:

Post a Comment