Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua,
Kenapa agaknya tajuk aku begitu ye... sebenarnya dah lama aku berfikir berkenaan kenapa Rukun Islam disusun sebegitu rupa urutannya. Iaitu:
1. Mengucap dua kalimah syahadah dan menunaikan Haknya.
2. Menunaikan solat fardu lima waktu
3. Berpuasa pada bulan Ramadan
4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu.
2. Menunaikan solat fardu lima waktu
3. Berpuasa pada bulan Ramadan
4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu.
Jadi di bulan mulia ni barulah aku terasa nak menulis tentang apa yang aku fikir. Walaupun terdapat perbezaan antara hadis-hadis tentang susunannya. Bukan perbezaan itu yang ingin aku maklumkan di sini. Perbezaan pendapat tersebut sudah tiada masalah kerana para ulama telah bersetuju dengan susunan tersebut.
Jadi, kenapa ia disusun sebegitu rupa? Ini adalah kerana keringanan atau tahap kemestian rukun-rukun ini diamalkan.
Okla....biar aku bermula dari bawah iaitu Mengerjakan Haji di Mekah bagi yang berkemampuan. Dari konteks negara kita yang jauh ni atau yang seangkatan dengannya, tidak semua individu mampu melaksanakannya. Tapi kalau dari negara yang dekat ia tiada masalah dari segi kos perjalanan tersebut. Mungkin itu sebabnya dalam hadis Rasulullah meletakkan Ibadat Haji di kedudukan ke-3 (wallahualam). Para ulama juga meletakkan elemen "...bagi yang mampu" kerana untuk ke Tanah Haram anda mesti mampu dari segi kewangan juga kesihatan. Tengoklah di negara kita, dah tua baru mampu untuk ke sana tapi badan dah tak sihat. Saya daftar untuk haji pun tahun 2059 baru turn saya.
Seterusnya, Membayar Zakat. Kos untuk membayar zakat lebih kecil berbanding menunaikan Haji. Ramai yang lebih mampu dari segi ini. Zakat Fitrah pun tak sampai RM10. Itupun setahun sekali. Zakat Pendapatan pula hanya 2.5% sahaja dari jumlah keseluruhan pendapatan kita. Itupun tak semestinya kena bayar sebab ada kira-kiranya yang ditolak dengan tanggungan. Jadi kita lebih mampu berbanding haji.
Ketiga ialah Berpuasa di bulan Ramadhan, yang ni menarik perhatian aku sebenarnya sebab kita berada di bulan Ramadhan. Bila dilihat kepada ibadat puasa ini, ia terdapat sedikit kelonggaran. Iaitu kepada yang mempunyai masalah kesihatan tidak diwajibkan berpuasa. Begitu juga yang melakukan kerja berat. Tapi perlu diganti tau....bukan suka-suka je. Kalau yang tak mampu sebab kesihatan tu adalah gantinya seperti dibayar dengan beras dan sebagainya. Untuk detail, boleh google sebab bukan yang itu aku nak nyatakan kali ini. Maaf ye...
Yang kedua pula ialah Menunaikan Solat Fardu 5 Waktu. Solat merupakan tiang agama. Meninggalkannya seumpama meruntuhkan agama. Tiada kelonggaran untuk tidak melaksanakannya. Walau anda sakit sekalipun, solat wajib ditunaikan. Anda tak mampu berdiri, maka solat secara duduk. Kalau duduk pun tak boleh, maka berbaringlah untuk solat. Kalau dah baring pun tak larat, bersolat dengan pergerakkan mata. Kalau mata pun tak boleh....? Ini jawapan yang ustazah aku bagi masa sekolah dulu.... "kamu dah mati" bersedialah untuk disolatkan. BAgi yang didalam perjalanan atau musafir ALLAH bagi hadiah dengan meringankan sedikit dengan menunaikan secara Jama' dan Qasar, tapi untuk meninggalkanya adalah TIDAK.
Yang utama sekali adalah Mengucap Dua Kalimah Syahadah. Ianya mudah dan rasanya tak perlu dijelaskan panjang lebar. Anda tak berucap maka anda bukan seorang ISLAM dan tak perlulah melaksanakan Rukun Islam yang seterusnya.
Jadi kalian fahamkan kenapa ia disusun sebegitu. Jadi sempena bulan Ramadan ini nak aku nyatakan di sini tiada guna puasa anda sekiranya tiang agama telah anda runtuhkan. Kenapa aku berkata sedemikian akan aku tulis dalam entry seterusnya.
Wallahualam...
*Ini merupakan pendapat aku berdasarkan ilmu yang disampaikan kepadaku oleh cikgu-cikgu aku, sekiranya terdapat kekhilafan harap boleh dimaklumkan untuk aku perbetulkan. Untuk itu, aku dahulukan dengan ucapan terima kasih.

0 comments:
Post a Comment