Tersebutlah alkisah seorang gadis muda yang
cantik, lembut, baik & solehah menjadi rebutan para pemuda untuk
memperisterikannya. Maka ramailah yang datang menyuarakan isi hati untuk
memiliki gadis istimewa ini.
Lalu dia pun berkata : "Baiklah, saya hanya
ada 3 syarat untuk menjadi suami saya. Sesiapa yang dapat
menyempurnakan 3 syarat ini, saya akan bernikah dengan dia.
Apa syarat-syaratnya???
"Pertama,
bakal suami saya orang yang berpuasa sepanjang tahun. Kedua, bakal suami saya
ialah orang yang khatam Al-Quran setiap hari. Ketiga, bakal suami saya ialah
orang yang solat sepanjang malam."
Allahuakbar, terkejut semua pemuda termenung
memikirkan syarat-syarat si gadis. Tak kurang yang pulang menggigit jari. Lebih
ramai yang melupakan hajat masing-masing untuk bernikah dengan si gadis. Tak
sanggup!!!
Tetapi ada seorang pemuda berkata
:
"Baiklah
saya sanggup menunaikan kesemua 3 syarat tadi! "
Maka berlakulah pernikahan. Setelah beberapa
lama mendirikan rumah tangga, si isteri berasa hairan dan mula mempersoalkan
janji suaminya.
Apa
tidaknya, setiap malam suaminya tidur awal. Entah bila solat sepanjang malam
didirikan? Setiap pagi suaminya bersarapan pagi. Ke mana puasa setahun yang
dijanjikan? Sudah itu, tidak pula kelihatan suaminya selalu bersama-sama
Al-Quran. Bila pula nak khatam setiap hari?
Lantas si isteri bertanya kepada suami akan
keraguannya. Apa jawapan si suami?
"Eh, mana ada abang mungkir janji. Semua
sekali abang buat ! "
Si isteri semakin hairan. "Bila masa
abang berpuasa sepanjang tahun? Pagi-pagi lagi abang dah sarapan.. "
Kata si suami :
" Kan Nabi S.A.W bersabda, yang
diriwayatkan oleh Jabir r.a, : Barang sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu
diiringi dengan enam hari dari bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah
berpuasa sepanjang tahun. Abang buat yang tu
cukuplah"
Bengang si isteri: "Kedua, abang
kata nak khatam Al-Quran setiap hari. Bila abang buat??"
Balas si suami,
"Eh,
abang buat! Bukankah Nabi s.a.w
bersabda, “Sesiapa yang membaca surah
Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).”
Jadi abang bacalah 3 kali
seolah-olah sama satu Al-Quran . Abang pun dapat khatam Al-Quran setiap hari.”
“Sesiapa
yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca
Al-Quran seluruhnya.” (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al
Ghanawy)
Isteri
kembali bertanya syarat ketiga, "Yang abang kata nak solat sepanjang
malam pula?"
Senyum si suami,
"Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa
beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama
bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh
secara berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam.”
Abang buat ini jelah...
Sumber : Ustaz Raihan Abdul Aziz at Tanyalah Ustaz
TV9, Monday, 8th July 2013.

0 comments:
Post a Comment