Assalamualaikum semua,
Hari ini JAKIM baru sahaja sahkan yang Cadbury bebas dari DNA babi. Laporan penuh boleh rujuk [sini].
Tapi bukan itu sebenarnya yang aku nak sampaikan.
Umum tahu bahawa JAKIM satu-satunya agensi di Malaysia yang berhak mengumumkan status halal sesuatu produk. Dan Jabatan Kimia sahaja yang layak untuk memeriksa apa sahaja sampel produk tersebut. Hanya ujian yang dilakukan oleh Jabatan Kimia sahaja yang diterima di mahkamah.
Anda juga boleh baca artikel tulisan Dr. Lokman bin Ab. Rahman, Presiden Persatuan Eksekutif Halal Malaysia (PEHMA) berkenaan isu Cadbury dan DNA babi di sini (baca) yang memperkatakan tindakan tidak berintegriti KKM serta tindakan tersebut yang menyebabkan kewibawaan JAKIM dipersoal.
Apabila pengumuman isu Cadbury ni dijelaskan oleh JAKIM, sewajarnya umat Islam berasa lega dan tidak perlu was-was. Tapi kalau anda tetap berasa was-was, tak perlu makan. End of story. Tapi apa gunanya ada JAKIM. Tak perlu menabur fitnah seperti saudari Farahidayu dalam gambar dibawah ni. Aku dapat gambar ni dari adik aku. Apabila dia cuba menasihatinya, dia dikatakan peminat tegar Cadbury dan cuba memfitnahnya pula. Beginilah manusia yang BODOH SOMBONG. Agaknya ilmu ISLAM yang dipelajari di NEGERI kelahirannya tidak menekankan perkara-perkara sebegini. Atau mungkin fitnah memfitnah sudah menjadi budaya hidupnya dan masyarakat sekitarnya. Kadang kala ada betul juga kata-kata Raja Azmi (tidak pakai tudung tak semestinya masuk neraka) yang aku songsangkan pemahamanku menjadi "pakai tudung tidak semetinya anda ke syurga" sekiranya begitulah cara hidup saudari.
Sebenarnya aku cukup pantang dengan manusia yang ringan mulut menutur bahasa sesuka hati tanpa menilai implikasi apa yang dikatakannya. Mungkin Pengarah Hub-Halal JAKIM tidak akan ambil pusing dengan apa yang dikatakannya tapi ALLAH akan catit setiap tutur kata kita untuk diadili kelak. Jangan disebabkan perkara-perkara yang dilakukan dengan mudah sebegini akan mengheret saudiri ke neraka. Apa kata saudari atau yang seangkatan dengannya baca tulisan saya sebelum ini berkaitan fitnah di sini (baca)
Aku sebenarnya cukup benci benda-benda fitnah ni yang kini menjadi budaya dalam masyarakat kita. Perkembangan pesat bidang IT dan media sosial menjadikan anda lebih mudah berbicara tanpa berfikir. Jadi, aku harap masyarakat kita lebih berhati-hati dalam menggerakkan jari-jemari di papan kekunci dan berfikir dahulu sebelum melontar fitnah.
Aku padam nama-nama individu lain dan aku juga buang nama bapa dia sebab aku tak rasa bapak dia ajar fitnah memfitnah orang lain.
*bila dah jadi begini, bagaimana maaf boleh dipohon. Atau mungkin di Padang Masyar nanti pengarah tersebut boleh dicari diantara berjuta-juta umat manusia.



0 comments:
Post a Comment