The Band (Astro)

on Saturday, May 17, 2014
Assalamualaikum....

Sebenarnya dah lama aku nak menulis tentang rancangan ni yang ke udara setiap sabtu di Astro Ria. Tapi aku lupa sehinggalah semalam kawan aku bercakap pasal rancangan ni.

Dia bagitahu aku ada satu rancangan "BODOH" kat Astro yang cuba nak cari kumpulan macam kumpulan K-Pop. Aku tanya kenapa bodoh. Dia cakap " Menari macam kuda, menyanyi macam katak pastu muka macam orang pecah rumah." Hahaha....aku gelakkan aje. Nak betah pun tak guna sebab apa yang dia cakap bukannya salah 100% cuma agak kasar kalau orang dengar. Dan mungkin yang membaca ni pun akan fikir aku yang kurang ajar sebab tulis benda ni.

Sebenarnya, sebelum rancangan ni bersiaran, aku antara orang yang tak sabar nak tengok program ni kerana aku beranggapan mungkin ini adalah transformasi dalam industri hiburan kita yang semakin lama semakin tewas dengan kebanjiran muzik-muzik dari luar. lagipun dah lama kita tak ada kumpulan muzik seperti KRU, 4U2C, Feminin, Elite atau GT-Boys. 

Tapi, as the first group start performed i already got irritated. Diorang memang sucks. Dan aku tak perlu buang masa tengok program macam ni. terus aku capai remote dan cari channel lain. Sebab tu bila member aku cakap ada rancangan bodoh main kat astro, aku dah boleh agak rancangan apa. 

Maknanya selepas beberapa minggu program tu ke udara ianya tak berubah dari episod pertama yang aku tengok dan menyampah tu. Sebab lepas episod pertama yang aku tengok tu, aku dah tak pernah rasa berselera nak tengok lagi sehinggalah member aku bagitahu.

But, all the blame I put on the production house yang tetap menyiarkan rancangan macam tu. Diorang tak rasa geli ke tengok rancangan yang diorang buat tu.

Kalaulah diorang betul-betul nak wujudkan kumpulan macam k-pop, put aside ketamakan yang memang wujud dalam astro dari mula-mula ianya ditubuhkan.

Kumpulan k-pop tak wujud dalam sekelip mata atau dari program realiti mingguan. Mereka wujud selepas beberapa tahun dalam latihan...YA...beberapa tahun. Rekod paling sekejap pun adalah Lee Changmin dari Kumpulan 2AM yang di latih selama 3 minggu sebelum debut sebagai artis. Yang lain akan menjalani latihan dalam segenap aspek muzik; menyanyi, menari, menulis lirik dan menggubah lagu. 

Selain itu, mereka akan juga di ajar beberapa bahasa utama iaitu English, Jepun, dan Mandarin agar dapat berkomunikasi dengan peminat-peminat dari seluruh dunia. Dan syarikat mereka menaung akan menanggung semua kos kerana ia adalah pelaburan yang akan mengembalikan pulangan dan lihatlah bagaimana JYP Entertainment, YG Entertainment dan SM Entertainment menjadi syarikat hiburan utama di Korea.
 
Jadi, kepada syarikat rakaman yang nak tubuhkan kumpulan seumpanya pergilah menuntut ilmu dulu. Dan kepada Astro atau lebih spesifiknya kumpulan produksi yang buat show ni sila lebih kreatif.

Korang boleh tengok rancangan "Win: Who's Next?" yang aku pernah ceritakan dalam post aku sebelum ini (sini). Program tersebut adalah rancangan dari TV Internet Korea, MNet. Dua kumpulan yang telah dilatih selama lebih kurang 2 tahun oleh YG dan bersaing untuk debut sebagai artis. Perhatikan perbezaan mereka dengan kumpulan dalam rancangan The Band.

*there is no an easy road to success.

0 comments:

Post a Comment