Idola Kecil 6

on Sunday, December 29, 2013
Baru habis layan Idola Kecil 6....

It's WOW!!!

Since Idola Kecil 2, aku dah lama tak layan Idola Kecil ni sebab macam program untuk kanak-kanak so qualiti nyanyian pun kureng sikit....nak marah pun x bleh sbb dah nama pun kanak-kanak so aku pun x layan.

TAPI..... Idola Kecil 6 is different. Their standard is way too high compare dengan Idola Kecil yang sebelum ni. Dan kalau nak compare dengan AF baru-baru ni pun jauh standard diorang.

Dan aku suka lagu-lagu baru yang diberikan pada diorang. It's very fresh. Especially lagu Aleeya - Sugar Crush (Tandingimu). Lagu untuk Eeqa pun sedap jugak . Keliru.

Dan juara untuk final Idola Kecil 6 adalah milik.....


Danial Cheur B. Hamasiah (Danial)
Tawau, Sabah
Berusia 12 tahun dan bersekolah di SK.St Patrick.

Menyanyikan lagu "When I Was Your Man" (Bruno Mars) dan lagu sendiri, "Memori" ciptaan sepenuhnya oleh Nik Nabil.

Secara jujurnya, bagi aku lagu ni kurang umphh sikit berbanding empat lagu lain. Tapi vokal yang dimiliki oleh kanak-kanak 12 tahun ni menjadikan lagu ni hebat....macam bila kita tengok Jac nyanyi. Apa-apa pun big clap for you and TAHNIAH!!! Dengarkan sikit...kalau ada yang full version aku akan upload semula.






Dan naib juara milik

Aby Norlila bt Kamaruddin (Aby)
Aby berasal dari Selangor, dan bersekolah di SK. Jln Selangor. Juga berusia 12 tahun.
Vokal kanak-kanak ni pun xbleh dinafikan mantap. Merupakan pesaing paling rapat buat Danial. Menyanyikan lagu Heart Break dan Matahari (Agnes Monica) vokal gadis cilik ni cukup memukau.


Second runner up goes to.....


Ammierul Daneal B. Eddy Noor (Dani)

Juga berusia berumur 12 tahun, berasal dari Selangor dan bersekolah di SK.Kampong Rinching. Dua kali gagal dalam peringkat awal dalam audition Idola Kecil sebelum ini tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang. Cubaan ketiganya pastinya manis buat jejaka kacak ni apabila berjaya menduduki tempat ketiga. Menyanyikan lagu Hafiz, 'Bahagiamu Deritaku' memukau ketiga-tiga juri.

"Awak mengingatkan saya pada Azlan (Azlan and The Typewriter)" kata Noh Salleh, juri jemputan semasa Dani menyampaikan lagu 'Bangkit'.

Dan buat Eeqa dan Aleeya, walaupun tak berjaya both of you has grab Malaysian attention. Congratulation...

Dan kepada yang menang, jangan sampai di sini sahaja. Teruskan usaha dan jadi penyanyi yang berjaya suatu hari nanti. Tapi pelajaran jangan dilupakan tau.....

Tahniah sekali lagi buat Danial, Aby dan Dani.


*Mesti akan ada suara-suara sumbang cakap..."Kenapalah mak bapak depa ni bagi masuk pertandingan menyanyi, rosak budak-budak ni." Abaikan saja sebab mereka adalah LOSER.

Note : Gambar adalah milik TV9 dan lagu tu dari fanpage IK6


0 comments:

Post a Comment