Beberapa hari lepas aku ada terbaca satu laporan dalam FB Oh!Media dari laman Oh!Artis (sini) mereka yang membuat sedikit review berkenaan penyedia perkhidmatan internet P1 WIMAX yang menjadi trending di Facebook sebagai penyedia perkhidmatan paling teruk dalam Malaysia ditambah dengan teknik menyenaraihitamkan pengguna dalam CTOS sekiranya bil tertunggak pengguna melebihi 2 bulan yang menimbulkan kemarahan pengguna. Di mynewshub pun ada laporan mengenainya (sini).
Secara teknikalnya, jika bil 2 bulan tidak dibayar perkhidmatan secara automatiknya akan dipotong. Tetapi bil P1 akan berjalan seperti biasa walaupun tiada penggunaan internet. Ini yang menimbulkan kemarahan pengguna. Sekiranya pengguna ingin menamatkan perkhidmatan, pelbagai kerenah ditimbulkan dari segi prosedur dan layanan oleh syarikat ini sehingga menyebabkan pengguna fed-up untuk berurusan yang akhirnya mengakibatkan pengguna mengabaikan notis-notis bil yang dihantar oleh P1. Sehinggalah....nama mereka tersenarai dalam CTOS. Apalagi...menggelabahla member...
Antara sebab pengguna ingin menamatkan perkhidmatan P1 adalah:
1. Signal (talian internet) yang tidak konsisten (kejap ada...kejap takde).

2. Quota penggunaan internet yang meragukan....(pakai facebook je tapi berkurang seolah-olah tengok Youtube.
3. Speed yang diterima tidak seperti yang ditawarkan dalam perjanjian (senang cakap siput lagi laju).
4. Tak ada signal.

Lokasi : Saujana Impian Kajang
5. Careline Servis operator yang macam takde jer~~......(kalau telefon langsung tak angkat).
Disebabkan itu, maka muncullah group P1 Wimax Sucks dan P1 Wimax Sucks ver 2.0 (sebagai back up sebab group asal diugut oleh P1 untuk ditutup) dalam facebook yang menghentam P1 (sepanjang hidup aku, inilah satu-satunya pembekal perkhidmatan internet yang menerima hentaman dari pengguna yang amat teruk). Ianya agak serius juga sebab ahli-ahlinya sedang mempertimbangkan tindakan mahkamah ke atas syarikat ini.

P1 representative cakap nak bawak group ni ke highest level. Wow...

Jumlah keahlian yang semakin meningkat dan jumlah terbaru ialah 10,458
(Pada 12/12/13) 11,367
Bergegar jugaklah Office P1 sana dengan penubuhan group tersebut dan ulasan dari Oh!Media, mynewshub dan banyak lagi blogger yang memaksa P1 untuk respon.
Mana taknya kalau saham P1 ni menjunam......Februari 2007, harga paling tinggi RM6.543..sekarang dah tinggal RM0.485

Antara gambar menarik yang diperolehi dari group P1 Wimax Sucks.


*sebenarnya aku pun mangsa P1 ni. Tapi pada Jan 2013 servis dia jadi makin teruk sampai tak dapat online langsung walaupun quota masih banyak. Call operator sekor pon tak angkat tak kira waktu pejabat atau bukan waktu pejabat, emel pun diabaikan. Report dalam page FB baru la ada respon (sebab publish kot). Tapi aku dah tawar hati nak pakai. Jadi aku abaikan sampai akaun aku suspended. Malas nak layan bil-bil yang dihantar (RM 874) sehinggalah ada panggilan dari P1 cakap nama aku dah disenaraihitam dalam CTOS. Sakitnya hati bila dengar, call operator untuk terminate tapi contract still valid tapi kalau nak terminate jugak ada denda. Tapi katanya bayaran itu boleh di waive kan dan hanya bayar RM310 tapi akaun diaktifkan balik (lebih kurang macam ugut la). Nak tak nak terpaksalah bayar...and aku still pakai Pee1 ni. Tunggulah sampai kontrak taman nanti siaplah ko aku potong......



0 comments:
Post a Comment