Aku Berbulu

on Tuesday, June 25, 2013
Tengok tajuk mesti macam geli kan. Tajuk ni tak ada kena mengena dengan rupa fizikal aku. Sila maklum...haha.
Bukan apa..saja nak luahkan perasaan yang membuatkan aku seharian tak boleh buat kerja akibat perasaan berbulu aku pada housemate aku yang hangguk ni.
Meh sini nak citer....
Member aku ni jenis suka tengok tv lewat-lewat malam but its okay for me. Apa yang tak ok...tv tu akan tengok dia balik sampai ke pagi. And for sure tv tu aku yang punya bukan ahmad albab yang punya.
Aku tak suka pembaziran macam ni sebab selain membazir elektrik, tv ada jangka hayat ok. So bila di buka tak digunakan bukankah itu membazirkan jangka hayat tv tu. Katalah ada kilat petir sabung menyabung pulak time tu sambar pulak tv tu, sape nak bayar?
Mesti ada yang cakap...ala mende kecik pon nak kecoh ke?
Aku dari orang susah, setiap barang yg aku beli akan aku treasure betul-betul sampai tak boleh pakai langsung dan of coz aku akan sensitif pasal mende ni.
Kalau aku xpernah bgtau dia atau pesan takpelah tapi dah berbuih mulut ni bercakap . Hasilnya tetap sama. Aku terus give up.
So pada pembaca-pembaca yang ada housemate tolonglah guna barang housemate anda dengan cermat dan baik.
Wassalam.

0 comments:

Post a Comment