Hello again....disebabkan aku dah lama tak update, jadi aku post dua kali malam ni.
Kalau tengok dari tajuk macam episode 2 kan.
Yup, sebab pasal orang yang sama. Kalau korang ingat aku penah tulis pasal kebengangan aku pada housemate aku yg sorang ni. Dan kali ni, org yg sama jugak. Sebenarnya ni memang perangai dia dari mula2 masuk rumah kami lagi mmg hangguk (Mr R). Hari ni cukup aku meluap rasanya. Tak tahulah dia tentera jenis apa...xde disiplin langsung (bukan sume tentera ye, nnt ada plak yg terasa...dia sorg je rasanya, sbb aku xpenah jumpa lg tentera perangai mcm dia ni).
Ok, lets start the story. Perangai dia ni suka buat air tapi mengambil masa "bertahun" untuk habiskan. Dah la lambat habiskan, pastu susun kat lantai ruang tamu. Kalau disuruh angkat pun, nanti dia longgokkan dalam sinki. Menyirap betul tgk perangai dia.
Saje aku perli dia tadi, aku ckp "Kat dapur tu banyak lagi cawan, apa kata ko susun byk2 kat ruang tamu tu." Baru la dia bergerak angkat. Tu pun kene jerit "Basuh terus....!!!!" kalau x kompom blonggok dalam sinki tu.
Ahad minggu lepas, aku masakla untuk makan tengahari. So, aku dgn dia je yg makan. Sorg lagi housemate aku (Mr. N) tu kluar. Abis makan aku basuh semua skali pinggan, mangkuk, kuali etc. Cuma aku tinggalkan periuk nasi je sbb nak rendam bg lembut kerak2 tu. Dan saje aku tgglkan sbb kot2 la dia tergerak nak tolong basuhkan sbb dia mlantak syok je...tp harrremmm......tak diendahnya.
Buat bodoh je. So, selepas 3 hari...dari mende tu berbau baik aku basuh. Perangai pemalas yang amat.
Ni satu lagi, kipas siling dalam bilik dia dah bertukar kaler jd hitam dek habuk tebal giler. Aku ckp kat dia "Bila ko tukar kipas siling warna hitam?" tapi dia xpaham yang aku perli dia. Kalau cuti hujung minggu bukannya dia nak ringan kan tangan bersih kan bilik dia tu. Tapi baik punye terlentang depan tv. Nak harap tolong sapu ruang tamu, kiamat la jawabnya.
Mr. N tu dah byk kali merungut kat aku pasal perangai dia yg pemalas tu. Aku boleh dgr jela sbb dah ckp, perli tapi sama je hasilnya.
Pesanan aku, kalau dah duduk ramai2 tolong la alert budaya duduk serumah ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment