Ondaway balik rumah tadi aku dengar radio Hot FM dan terdengarlah lagu Kristal ni tapi kenapa aku rasa macam familiar je ek? Ni lagu nye...(sorry la....aku xjumpa versi studio record...versi live Nasi Lemak Kopi O pon jadila....)
Patutla macam pernah dengar sebab sama macam lagu favourite aku dari drama korea Autumn In My Heart iaitu Prayer nyanyian Jung Il-Young. Pernah dengar x...? Ni dia...
Mengikut apa yang aku baca lagu Bertahan ni nyanyian Angga Ardinata (2012) dan dinyanyikan semula oleh Kristal (2013). Aku tak tahulah sama ada isu ciplak wujud atau tidak masa Angga tu nyanyi lagu ni sebab aku xjumpa cerita berkaitan Angga ni. (Kenapa aku cakap ciplak sebab dia mengaku tu lagu dia). Ni versi Angga...(untuk makluman video ni bukan official MV Angga)
Sebenarnya lagu saduran atau remake dari lagu berbahasa Korea ke Bahasa Malaysia sebenarnya tidak asing lagi dalam industri hiburan tempatan. Yang paling popular adalah lagu Sonata Musim Salju dari Hazami yang mana lagu asal dari Ryu (From The Beginning Until Now), Izwan Pilus dengan Kembali Senyum (Fate oleh Why) dan Lagu Ini oleh Zain (2AM - This Song)
Ketiga-tiga ada menyatakan tentang lagu yang mereka nyanyikan semula dari penyanyi asal tapi untuk lagu Kristal ni aku belum jumpa statement dari Kristal tentang lagu ni. Mungkin 2-3 hari lagi kot memandangkan lagu ni masih baru (xjual pon lagi).
Tapi isu ciplak ni tak timbul kepada Kristal kerana dia menyanyikan semula lagu dari Angga...mungkin isu yang timbul adakah Kristal ditipu oleh Angga dengan membayar royalti kepada Angga sedangkan royalti tersebut wajar dibayar kepada pencipta lagu Prayer nyanyian Jung Il-Young. Ini sekadar tanggapan aku sahaja....
Tapi isu ciplak ni tak timbul kepada Kristal kerana dia menyanyikan semula lagu dari Angga...mungkin isu yang timbul adakah Kristal ditipu oleh Angga dengan membayar royalti kepada Angga sedangkan royalti tersebut wajar dibayar kepada pencipta lagu Prayer nyanyian Jung Il-Young. Ini sekadar tanggapan aku sahaja....
*aku sebenarnya nak link kan je video ni dari youtube macam video Prayer - Jung Il-Young tapi xbleh. Jadi aku upload kan aje. Sorry kepada pemilik assal video...all credit goes to you...

1 comments:
Sebagai org yg dekat, perenggan akhir itu benar sama sekali.
Post a Comment