MASA : Sesuatu Yang Menakutkan

on Tuesday, June 2, 2015
Kalau dulu bila orang wish birthday kat aku betapa seronoknya hati ni, berbunga-bunga rasanya. Dalam hati akan berkata "Orang ingat kat aku, orang tahu birthday aku." Tapi sekarang bila orang wish birthday, aku akan rasa takut. Tak pernah aku sedar bahawa masa sebenarnya amat menakutkan. 

Masa zaman sekolah dulu, aku terfikir lambatnya masa berlalu. Aku nak cepat je habis belajar. Nak kerja pulak. Tapi sekarang bila aku menoleh kembali ke zaman lalu, aku terfikir "andai masa mampu diputarkan semula...." atau lebih ekstrem, "kalaulah masa dapat dihentikan...."

Bila masa dirasa semakin pantas bergerak, dan kita berada di tengah-tengah perjalanan hidup yang semakin hampir menemui hujungnya. Setiap langkah yang diambil terasa seperti meniti di jambatan usang dan aku mula berfikir "Apa yang sudah aku lakukan sepanjang 30 tahun perjalanan hidup ini?"... "Sempatkah aku memenuhi kekosongan yang masih belum diisi?"..."Bagaimanakah pengakhiran ku". Pelbagai persoalan berlegar di benak fikiran. Aku rasa seperti sudah penuhi segalanya tapi disatu ketika terasa seperti masih banyak yang perlu aku lakukan. Kehidupan terasa kosong. Hari-hari yang dilalui pergi begitu sahaja.

Tatkala aku menoleh ke belakang, melihat masa lalu yang tempuhi dengan senyuman dan gelak ketawa atau mungkin sesekali tangisan, aku berasa hidup aku ini cukup indah dan sempurna. Tetapi bila aku memandang ke hadapan, melihat masa hadapan yang aku tidak nampak, aku jadi takut dan risau.

Apa yang lebih merisaukan ialah soal jodoh. Desakan dari segenap sudut melemaskan perasaan. Pertanyaan yang aku sendiri tidak tahu jawapannya terasa amat merimaskan. Aku tenggelam dalam perasaan untuk memenuhi harapan yang kini lelah dalam mencari jawapan.

Satu ungkapan terlintas dibenak fikiran aku iaitu apa yang diungkapkan oleh Kim Jong Kook dalam satu episod Running Man apabila dia ditanya oleh tetamu jemputan yang merupakan kawan karibnya tentang bila yang dia akan berkahwin "Please mind your age.". Dan jawapan yang diberikan olehnya adalah:-


             " I don't want to get married just because of my age."


Dan, in instance I quite agree dengan kata-katanya itu. Sebab aku pun tak nak berkahwin hanya kerana umur aku semakin bertambah.

Aku rasa apa yang aku alami sekarang ini pun turut dialami oleh lelaki-lelaki lain di luar sana. Bila umur semakin meningkat, tambah-tambah bila mula masuk 3 series, kita mulalah didesak dari segenap sudut agar segera menamatkan zaman bujang. Terutamanya dari ibubapa dan adik beradik. And then, mulalah rasa nak mengelak untuk berjumpa saudara-mara bila balik kampung. Kawan-kawan pun turut bekerjasama dalam mendesak aku menamatkan zaman bujang bila sesekali berjumpa.

Jauh disudut hati sememangnya terpendam perasaan untuk hidup berteman, tapi apakan daya masih tiada yang bertamu di hati atau mungkin "yang sudi" bertamu dihati. Bila melihat kawan-kawan seronok mengendong anak-anak mereka, aku turut ingin merasai perasaan itu. Famili mulalah nak jadi matchmaker, nak kenalkan dengan anak kawan yang inilah, yang itulah. Aku bukannya menolak kerana aku tidak mahu berkahwin tapi aku ingin merasai apa itu perasaan jatuh cinta. Jantung berdegup tatkala terpandang wajahnya. Aku nak bersama orang yang aku sendiri temui. Mungkin aku ni terlalu berfantasi tapi aku ingin merasai perasaan seperti yang terjadi dalam drama-drama di televisyen.

Ya betul, aku akui bahawa matchmaking atau blind date juga merupakan salah satu cara Allah menyatukan dua hati. Kerana jodoh dan pertemuan itu ditangan-Nya. Tapi my greed feelings and ego can't accept that. Aku tetap ingin merasai perasaan itu. Namun, jika Dia takdirkan aku bertemu jodoh dengan cara sebegitu apakan daya aku untuk menolak.

Insya-Allah, saat dan ketikanya pasti akan tiba.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-30 Wahai Mohamad Firdhaus. Moga pertambahan usiaku mendekatkan lagi diriku dengan Penciptaku. Semoga terus berjaya dalam kehidupan dan yakinlah Dia pasti akan temukan ku dengan insan yang terbaik untukku.



0 comments:

Post a Comment