Journey To Korea : Day 4

on Thursday, December 25, 2014
23 Nov 2014

Hari ini kami ganti balik jadual yang sepatutnya kami buat semalam. Tanpa tour guide ktorg...sebab peristiwa pagi semalam....haha. Tapi Hanok Village tetap tak dapat pergi. Ceh !! Tak adventure langsung dia ni (Padan muka kena balik...haha). Kami ke Itaewon...nak rasa makanan Korea di sini....yang HALAL ok. Itaewon ni ramai muslim so restoran-restoran Halal dekat sini banyak...

Untuk ke Itaewon (dari Dongdaemun History & Cuture Park) kami naik subway Line 5 (Ungu) ke Cheonggu. Di Cheonggu kami tukar ke Line 6 (Coklat). Selepas 4 stesen kami turun di stesen No. 630 which is ITAEWON....

Sampai-sampai jer terus kami mencari tempat makan tengahari...dah kebulur sgt dah rasanya. Haha. Target kami nak makan makanan Korea. Bukan Pakistan...bukan India....bukan Indonesia...malah bukan Malaysia...YA...masakan Korea. Apa kes kalau datang Korea tapi makan makanan Malaysia....(riak bunyinya....huhu). Baik duk rumah je kan...mak masak lagi sedap. Berdasarkan survey yang kami buat, Murree Restaurant ada menyediakan masakan Korea yang Halal. 

Dalam duk mendaki mencari Murree Restaurant ni kami jumpa...
Bini Shuib buka restoran dekat sini ke...? Bukanla...Aku dengar pemiliknya orang Indonesia.
Akhirnya, sampailah kami di Murree Restaurant...


"Saya nak ni....!!"
Lupa nak bergambar masa makanan sampai sebab dah lapar sangat. Dah makan baru teringat. Ni dia nasi goreng kimchi dan telur dadar kimchi.


Bulgogi

Side dish...
Adik aku punya makanan xde gambar. Total makan dkt situ kena bayar 68,000 won untuk 3 orang makan + daging + telur dadar kimchi dan air....memang mahal...nak buat macam mana, nak rasa sangat masakan Korea kan.

Dah puas kami makan sampai padat perut, solat harus ditunaikan. Kebetulan masa kami sampai tu dah masuk Zohor. Boleh la Jama' solat di Seoul Central Mosque.
Posing lepas solat...
Pemandangan dari masjid


 
             


Selesai solat kami bergerak untuk ke Namsan Tower pulak. Tapi sepanjang jalan tu ada groceries store yang halal. So kami beli apa yang patut untuk makan malam ni. Stroller Hannah dah jadi troli...haha. Berganda-ganda berat. Jadi nasihat aku, kalau plan nak beli barang makan maybe korg boleh letak Itaewon last sekali.

So, dari Itaewon kami kena turun di Station Myeongdong untuk ke Namsan Tower ni. Untuk itu, kami naik balik train No. 6 dan turun di Station Samgakji (Station No. 628). Di sini, kami tukar train Line No. 4 menuju ke Station No. 424 - Myeongdong. Kami keluar exit 3.

Dari situ kami naik teksi....(disebabkan tour guide xde...huhu). Tapi sebenarnya dekat giler dari station tu ke Namsan Cable Car. Kena 3,000 won sebab naik je teksi dia akan caj 2,500 won. Maksudnya pejalanan tu kena 500 won je. Kami ke Namsan Cable Car ni sebab nak naik ke Namsan Tower ni kena guna Cable Car atau panjat tangga.....kalau korang sanggup silakan...haha. Sebab ada orang Malaysia yang kami jumpa naik guna tangga dan diorg menyesal...haha. Turun xde hal. Actually, nak sampai ke Namsan Tower boleh naik either Cable Car atau bas tapi bas tak berhenti terus di Namsan Tower, korang still kena berjalan (mendaki) beberapa meter sebelum sampai.

Ok, back to cable car.....Nak naik kena beli tiket 8,500 won seorang untuk roundtrip (pergi-balik), jadi kena 25,500 won untuk 3 orang. Dari kaunter tiket kena naik tangga tunggu kereta kabel di tingkat 3 tapi sampai dekat tangga tingkat 2 dah berderet orang beratur....mangai....punya la panjang. Dalam sejam jugak la kami beratur ni. Hari ahad punya penangan....

Dan lepas naik cable car sampai je kat atas....biar gambar bercerita ye...hehe


 
 

I know what u guys looking at. Focus on me please....hehe.


   

 

Ktorg tak masuk Namsan Tower tu sebab masa nak beli tiket aku tengok tiket harga 28,000 won. Terkejut aku....mahal nak mampus. Haha....terus x jadi naik. Tapi rupanya nak masuk 9,000 won je. Alive museum 12,000 won. Baru 21,000 won....mcm mana aku boleh nampak 28,000 won. Tapi bila dah balik terfikir macam rugi la pulak. Alang-alang dah datang patut naik jela kan. Tapi takpe next time datang lagi....haha

Hari makin gelap walaupun baru jam 1700. Kami beransur-ansur pulang. Turun dari Namsan Tower kami tahan teksi...(yang bagus kat Korea ni, public transport mudah...cuma komunikasi susah sikit). Alang-alang dah naik teksi tu, kami mintak ajussi ni hantar terus ke guesthouse kami. Rupanya dekat je...kena 5,000 won je.

So, lepas rehat kejap "tour guide" ktorg ni ajak keluar sbb seharian dia terperuk dalam bilik. Jadi ktorg decide untuk ke Lotte Fitin je....dekat je dgn guesthouse kami. Jalan kaki pun boleh. Kami naik ke tingkat 9 sebab ada K-pop Hologram Concert. Kami beli tiket pukul 8 mlm sebab tu last concert. Untuk peminat k-pop, macam2 cenderahati artis pujaan anda ada dijual disini. Standby duit je...

Yang perform tiap-tiap malam adalah Psy, 2NE1 dan Big Bang....tapi dekat dalam hall x boleh amik gambar. So aku bagi gambar dekat luar je untuk tatapan. Tapi ada juga yang degil. Kalau korang nak tahu macam mana rupa dalam hall tu aku bagi link (sini). Ni bukan video aku sebab aku dengar cakap....haha.


Member ke-6 Big Bang.....huhu


 


Digital Music Box...boleh pilih lagu kpop yg anda suka.

Dapat amik gambar Dongdaemun Design Plaza dari atas...daebak



Mula-mula ingatkan patung rupanya orang.
Nah...aku belanja video dancers dekat Lotte Fitin ni sebelum konsert...ni video aku....haha. Kalau nak tahu macam mana konsert tu korg boleh tengok link yang aku attached kat atas.


Abis konsert...ktorg pun balik...tamatla sesi hari ni.





2 comments:

makcikanaktiga said...

Ngah..klu teh tgk dr fon xle view video tu..ke klu pc pn same..ni video yg ko joget yg mcm xjoget tu ke..😏

theGardener said...

Dkt pc boleh...? Kalau dkt fon cube view ikut youtube app

Post a Comment