Journey To Korea : Day 3

on Tuesday, December 16, 2014


22 Nov 2014

Masuk hari ketiga....kami bangun lebih lambat dari biasa. Malah kami dikejutkan dengan satu bunyi dentuman umpama nangka yang jatuh....haha. Aku nak citer tp ada yang x bagi. Siap ugut nak report "Inappropriate Post". Cehh....hahaha. But it does effected the trip a bit. Some schedule perlu dirombak sedikit. But....don't worry about that. Ia masih berjalan dengan lancar.

Jam 1130
Mungkin sebab tempat yang kami nak pergi dekat je, so kitorg bangun lebih lambat dari sebelumnya. Hari ni kami nak ke Gyeongbokgung Palace. Merupakan istana yang pertama di bina pada tahun 1395 dari Dinasti Joseon which is 3 years after Joseon Dynasty was founded dan istana ni banyak digunakan untuk drama-drama sejarah Korea. Dan ianya juga merupakan istana yang terbesar di antara 5 Royal Grand Palace. Untuk ke sana, kami boleh turun di stesen Gwanghwamun atau Gyeongbokgung tapi kami pilih untuk turun di Gwanghwamun sebab tak perlu tukar Line (rujuk peta subway yang aku post sebelum ni). So, kami ambil Line 5 (ungu). 

Jam 1200
Lepas 3 stesen kami turun di Gwanghwamun. Jalan kaki lebih kurang 5-10 minit kami nampak entrance istana tu. First Impression aku...."waaa...!! besarnya..." Malas nak citer...tengokla gambar-gambar ni....haha.
 



Pintu masuk istana. Ada pengawal macam dekat Istana Buckingham. Kaku.
Masuk je dekat dalam aku lebih kagum....

Lapisan kedua Istana Gyeongbukgung (belakang). Even zaman dulu securitywise pun dah impressive.
Ok. Kalau nak masuk ke dalam istana kena bayar 3,000 won seorang. Beli tiket sebelah kanan dan pintu masuk dekat gerbang belakang aku tu.


Sekarang kita berada di dalam lapisan kedua....haha


Jom kita panjat balairong istana...balairong tu....apa istilah bahasa diorg aku tak tau la.

 
  

 Apa lagi...menjelajah la kami ke dalam istana ni...
Nasib baju second layer tu ada hood sebab time ni hujan.
 




Kenapa la gaya kaki aku sama je dalam gambar...macam orang kaki patah.
Walaupun istana ni luas, kami tak ambil masa yang lama untuk explore. Cukup mengagumkan. Macam mana orang sekarang boleh jaga istana zaman dulu sebagus ni. Ia siap di bina pada tahun 1395. Bayangkanla berapa tahun dah tu. 619 tahun beb.... They keep everything so well.

Sebenarnya ada benda yang kami nak tengok kat sini which is upacara tukar shift (nama yang aku bagi sendiri....haha) atau lebih dikenali sebagai Changing of the Royal Guard Ceremony. Acara ni berlangsung setiap hari kecuali selasa (sebab istana ni tutup hari selasa) dan 3 kali sehari iaitu pukul 10 a.m, 1 p.m dan 3 p.m. So, sempat jugakla kami merasai pengalaman ini. Tengok video dibawah ni.

Part 1

Part 2


Part 3



Part 4


Disebabkan hari hujan, kami terpaksa batalkan niat untuk ke Hanok Village. Sejuk kot nak jalan-jalan dalam suhu yang dah turun sampai 9 darjah Celcius. Nanti x pasal-pasal demam pulak. So, the day journey ended here. We went back to our guesthouse and relax. Lepas maghrib kami keluar semula tapi berjalan-jalan sekitar Dongdaemun Market. Depan guesthouse ktorg je.

Dapat juga bergambar depan Dongdaemun Design Plaza watu malam

Tak dapat ambil gambar banyak-banyak sebab kami tengok-tengok barang yang dijual. Dongdaemun Market ni macam pasar malam dekat Malaysia tapi ia dibuka setiap malam. Macam-macam ada. Yang pelik-pelik pun ada....haha.

Pastu duk kami berjalan-jalan jumpa gate yang macam A' Famosa kat Melaka. Surely Hanyang (nama lama Seoul) is really big.

 

 

Dah sudah tu kami masukla jalan-jalan dalam Lotte Fitin. Window Shopping je. Dekat dalam ni memang mahal. Hanya mampu tengok je. Haha...


Bergambar dengan Kirin dalam Lotte.

Being A Fake Angel

Dah abis jalan-jalan kami pun balik ke Guesthouse....tamat la catatan perjalanan hari ini.



*kalau macam ni lama tempoh masa aku ambil utk siap satu2 post, rasanya masuk tahun baru pun belum tentu siap. Huhu

2 comments:

Anonymous said...

cantiknyaaa!!!!!

makcikanaktiga said...

Kena byr royalti ni -.-
da la gambo tu..

Post a Comment