Assalamualaikum,
Negara kita ditimpa pelbagai bencana sejak bermulanya 2014 apabila negara ditimpa banjir di pantai timur semenanjung Malaysia, cuaca panas melampau yang memaksa pihak berkuasa melakukan pembenihan hujan, jerebu hingga matahari kelihatan merah menyala dan terbaru kehilangan pesawat MH370.
Kalau hendak dijangkau lebih jauh Kes Pencerobohan di Lahad Datu mungkin boleh dimasukkan sebagai dugaan yang menimpa negara kita.
Namun, rakyat kita tidak sedar dan tidak mahu sedar terutama yang bergelar Melayu dan Islam. Sewajarnya
kita harus sedar setelah pelbagai dugaan menimpa negara kita sepatutnya kita kembali kepada Pencipta kita.
Tapi ia tidak berlaku. Apabila kerajaan membatalkan konsert Life In Color, menggelupurlah anak-anak Melayu Islam ini yang katanya ia satu tindakan yang tidak adil. Anda boleh nilai sendiri dengan melawat laman Facebook "Life in Color" . Lihatlah komen dari anak-anak bangsa Melayu kita.
Menyentuh isu MH370 pula, negara malu. Aku malu. Satu dunia melihat kita. Kenapa kita mencari yang syirik apabila kita ditimpa musibah. Bomoh. Ke mana pakar agama kita? Kenapa tidak di cari mereka ini?
Ingatkan anda dengan kisah Nabi Sulaiman a.s?
“Hai pembesar-pembesar siapakah diantara kamu sekelian sanggup membawa singgahsananya kepada ku sebelum mereka datang kepada ku sebagai orang-orang yang berserah diri.”
“Berkata Ifrit (yang cerdik) itu dari golongan jin, aku akan datang kepada ku dengan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai. Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab; “Aku akan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum matamu berkedip.”
“Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata; “Ini termasuk kurniaan Tuhanku untuk menguji aku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya) . Dan barang siapa bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.”
(An-Namli, ayat 38-40)
Kisah di atas diceritakan di dalam Al-Quran apabila Nabi Sulaiman berhasrat memindahkan istana Ratu Balqis. Antara kuasa jin dan doa wali Allah. Asif Bin Barqiya berjaya membawa istana tersebut dalam sekelip mata sahaja. Jadi, kembalilah kepada Allah dan jauhlah perkara syirik.

0 comments:
Post a Comment